Kosmo 30 Mac 2011 . IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti 
riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan 
majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri 
Perak baru-baru ini.

(Gambar-gambar Puteri dan Wanita UMNO sedang asyik Poco Poco di laman Web 
Puteri UMNO di 
http://puteriumno.my/portal/galeri-foto-umum/album/majlis-tarian-poco-poco-bersama-penduduk-setempat-
 )

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan 
kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan 
roh.

Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa 
Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.

“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama 
Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika 
dihubungi Kosmo! semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0330&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
 

TARIAN POCO-POCO HARAM
Utusan Malaysia 30 Mac 2011 

Tarian ini sangat popular di negara kita pada masa kini. Ia bukan sahaja 
dilakukan oleh orang kebanyakan malah oleh golongan atasan dalam pelbagai 
bentuk majlis keraian. Jabatan kerajaan juga tidak ketinggalan mengadakan 
tarian poco-poco sebagai menggantikan senaman pagi untuk peserta kursus.

Asas pengharaman kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga 
pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica 
serta bercirikan agama Kristian. Mesyuarat tersebut juga telah mengambil 
keputusan bahawa pengharaman tersebut akan diwartakan.

Apabila diteliti semula, saya baru perasan pergerakan langkah tarian ini, ke 
depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan menyerupai bentuk salib. Saya berharap 
Allah mengampunkan saya dan semua yang pernah terlibat dengan tarian ini kerana 
kita semua lalai, suka mengikut sesuatu perkara tanpa usul periksa.

GRED S 22
Kuala Lumpur

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke