KUALA LUMPUR, 30 Mac: Skim Rumah Pertamaku yang baru diperkenal kerajaan hanya 
akan menyebabkan golongan muda bukan sahaja terus dibebani hutang malah 
berdepan insolvensi.

AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata skim yang dilancar Perdana Menteri 
pada 8 Mac lalu itu tidak lebih hanya sebagai tindakan populis namun pada masa 
yang sama, memusnahkan masa depan golongan muda.

Dengan tawaran 100 peratus pinjaman tanpa deposit sehingga RM200 ribu, golongan 
muda katanya bukan dibantu, namun dibebankan hutang tambahan selain hutang 
pinjaman barangan lain yang sedia ditanggung.

Malah jelasnya juga, peserta skim ini terpaksa menanggung bayaran ansuran 
bulanan yang tinggi untuk tempoh 30 tahun.

Jelasnya, apa yang lebih dituntut generasi muda ketika ini adalah tambahan ke 
atas pendapatan mereka.

"Isu yang lebih kritikal berhubung pemilikan rumah adalah menangani isu 
pendapatan sebenar bakal pemilik rumah.

"Majoriti golongan pekerja masih terperangkap dalam pendapatan sederhana," 
katanya yang juga ahli parlimen Kuala Selangor pada sidang media di parlimen 
hari ini.

Turut serta pada sidang media itu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Beliau turut memberi contoh pengiraan mudah bagi seorang pekerja berpendapatan 
RM3000.

"Ansuran bulanan kereta RM500, bil telefon RM80, sewa kediaman RM400, makanan 
RM500.

"Hanya ada RM1,000 sahaja lagi lebihan selepas pemotongan EPF dan Socso," 
katanya.

Untuk rekod, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melaporkan sejumlah 
50,361 kes berkaitan kegagalan membayar hutang pinjaman.

Dari jumlah itu 10.6% adalah mereka yang tidak membayar hutang kad kredit 
manakala 74.3% bermasalah membayar pinjaman rumah, kereta dan baki kad kredit.

Kamaruddin dalam pada itu berkata, PAS bersedia memberi penjelasan lanjut 
berhubung perkara itu.

Tambahnya, kehadiran melebihi jangkaan iaitu 300 ribu golongan muda pada 
pameran kerjaya anjuran Pemuda Umno baru-baru ini membuktikan masih ramai 
sebenarnya golongan belia menganggur.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31598:rumah-pertamaku-golongan-muda-dibebani-hutang&catid=1:utama&Itemid=50
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke