Kurangkanlah cukai pendapatan!
Utusan Malaysia 31 Mac 2011
HARI ini kalau suri rumah pergi ke kedai runcit atau pasar, RM20 habis untuk 
belanja barang basah. Ayam atau ikan serta sayur cukup-cukup untuk hidangan 
makan tengah hari dan malam untuk perut lima orang satu keluarga.

Cuba bertanya kepada kaum wanita yang sering ke pasar atau kedai runcit. 
Jarang-jarang yang tidak merungut mengenai harga barangan sekarang.

Kalau ada kedai yang boleh jual barangan barang basah pada ‘harga runtuh’ 
setiap hari, mereka akan serbu. 

Untung orang yang tinggal berdekatan pasar borong sebab hari-hari dapat harga 
murah. Tapi yang berjauhan, ‘hari-hari marah.’ Belanja dapur sahaja sudah 
melambung berkali-kali ganda.

Apalah nasib golongan pertengahan, belanjawan harian meningkat. Tinggal sebulan 
lagi, golongan ini juga perlu mengisi borang cukai pendapatan.

Banyak dapat, banyaklah kena cukai. Ada yang mengeluh.

Kalau boleh kita mahu rakyat Malaysia dapat menikmati kembali barangan 
keperluan harian pada harga murah. 

Tiga atau empat tahun lalu, harga seikat pucuk ubi baru 50 sen, sekarang RM1. 
Dahulu ayam daging baru RM3.80 sekilogram, sekarang melambung lebih RM7 
sekilogram.

Cukuplah dua contoh yang menjadi makanan kegemaran orang Melayu. 

Nampaknya tak ada usaha mana-mana pihak untuk memperlahankan kenaikan harga 
barang. Tak ada pihak peniaga yang hendak mengurangkan harga jualan mereka. 
Kalau boleh mereka mahu menaikkan harga jualan lagi. 

Ini baru bab soal makan. Kalau masuk bab harga rumah, lagi menakutkan. 

Dengan pergerakan dan kenaikan gaji bagi golongan pertengahan tidak naik 
mendadak seperti harga rumah dan barang keperluan, mereka kena pandai-pandai 
berjimat.

Wang gaji bulanan kadang kala tak cukup. Ansuran rumah sewa atau pinjaman rumah 
dan kereta sudah menelan tiga suku gaji bulanan. Tinggal suku lagi untuk 
belanja lain-lain.

Mengharapkan simpati peniaga turunkan harga barangan mungkin sukar, sebab 
mereka ada banyak alasan. Kerajaan pun sudah penat merayu.

Tinggal pada siapa lagi tempat mengadu!

Memandangkan setiap tahun Lembaga Hasil Dalam Negeri mengumumkan kejayaan 
mengutip berbilion cukai pendapatan, mungkin dalam pembentangan Belanjawan 2012 
kerajaan boleh beri sedikit harapan baru.

Bagaimana kalau kerajaan menurunkan 50 peratus kadar cukai pendapatan individu. 
Cukai pendapatan individu walaupun banyak dipotong tapi tidak sampai 
menjejaskan pendapatan negara.

Nampaknya cara ini dapat membantu golongan rakyat yang kena bayar cukai 
pendapatan. Kalau dicongak-congak hampir satu bulan gaji dipotong untuk cukai 
pendapatan sahaja. Jika cadangan ini dilaksanakan bermakna separuh sahaja 
dikenakan. 

Mana-mana ruang jika boleh dikurangkan, lakukanlah. Kerajaan tidak akan rugi, 
malah ‘beruntung’. Orang berbudi, ada balasannya. Percayalah...

Oleh Azman Anuar
[email protected] 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke