Rabu 30 Mac 2011 saya cuti setengah hari ada urusan di Pejabat Pertanian dan 
Pejabat Tanah Rembau. Dalam perjalanan melepasi pekan Senawang berhampiran satu 
selekoh kilang saya dapati jalan ke kilang tersebut di tutup dengan pita kuning 
polis dengan anggota polis bersenjatakan HK MP5 sedang berkawal, orang ramai 
mundar mandir sekitar kawasan. Pasti ada kes jenayah berat dalam hati saya.

Sebab saya ada temu janji di Rembau saya pun teruslah jalan. Selepas urusan di 
Pejabat Pertanian dan Pejabat Tanah saya pun lepak minum teh dengan budak 
kampung dan warga emas di kedai kopi pekan Chengkau sambil memerhatikan 
lori-lori angkut tanah yang banyak dalam projek pembinaan landasan keretapi 
berkembar.

Antara topik yang dibualkan oleh budak kampung tadi ialah masalah setempat di 
Rembau. Banyak budak-budak muda lari ke bandar terutama di KL mencari 
pekerjaan. Juga budak-budak kampung yang banyak terlibat dengan kes dadah, 
mereka hendak berhenti hisap dadah, tetapi tiada sokongan dari keluarga, 
sahabat handai dan sanak saudara.

Katanya lagi kes jenayah semakin banyak di Rembau. Kes pecah rumah siang hari, 
kes samun warga emas, kes pecah kereta dan banyak lagi kes lain.

Rembau ni banyak warga emas yang tinggal bersendirian atau berpasangan. 
Anak-anak ramai yang merantau. Maka warga emas nilah yang menjadi sasaran 
penjenayah, perompak, penipu dan sewaktu dengannya.

Inilah akibatnya apabila terlalu dimomokkan indeks jenayah menurun, rakyat 
menjadi leka, mereka langsung tak minat untuk menyertai Skim Rondaan, Skim SRS, 
Rukun Tetangga secara sukarela. Apabila jawatankuasa taman atau kampung nak 
upah pihak keselamatan untuk rondaan pula, mereka juga enggan membayar kerana 
sangkaan mereka indeks jenayah semakin turun , rakyat semakin selamat.

Jadi berbalik pada kes polis dengan HK MP5 tadi , baru tahu rupanya RM 1 Juta 
wayar emas di rompak, kalah filem Hollywood. Pengarah Hollywood kalau baca 
berita ni pun malu sebab perompak bukan guna Steyr, AR 5, M16, AK47 ke, guna 
parang. Parang RM10 boleh beli mana-mana kedai hardware.

Tempat rompakan RM 1 juta ini juga samada dalam atau di sempadan parlimen 
Rembau.

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com 
************* 

Perompak rempuh lori samun bahan RM1 juta
Berita Harian 31 Mac 2011 

SEREMBAN: Sekumpulan perompak merempuh sebuah lori syarikat keselamatan yang 
membawa bahan semikonduktor bernilai lebih RM1 juta sebelum melarikannya di 
Lorong Senawang 2/3 Kawasan Perindustrian Senawang di sini, semalam. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang, berkata 
dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, seorang perompak memandu sebuah treler curi 
dan melanggar bahagian depan lori terbabit menyebabkannya berhenti di tengah 
jalan. 

“Pada masa sama, empat lagi rakannya bersenjatakan parang yang menaiki kereta 
datang dari belakang lori berkenaan sebelum mengarahkan tiga pengawal 
keselamatan menyerah diri. 

“Mereka tidak bertopeng kemudian memecahkan pintu belakang lori berkenaan dan 
memindahkan barangan dibawa ke dalam kereta sebelum melarikan diri,” katanya. 

Beliau berkata, pengawal keselamatan yang memandu lori cedera ringan akibat 
rempuhan dan dua lagi tidak mengalami kecederaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 
395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata.

http://www.bharian.com.my/articles/PerompakrempuhlorisamunbahanRM1juta/Article/ 

Lima penjenayah guna treler curi rompak wayar emas

SEREMBAN 30 Mac - Lima penjenayah bertindak nekad melarikan sejumlah wayar emas 
dari sebuah lori syarikat keselamatan, selepas kenderaan itu dirempuh 
menggunakan sebuah treler curi.

Kejadian berlaku di Lorong Senawang 2/3, Kawasan Perindustrian Senawang dekat 
sini kira-kira pukul 11.45 pagi ini.

Ketika kejadian, lori syarikat keselamatan itu yang dinaiki tiga pengawal 
keselamatan dalam perjalanan ke sebuah kilang syarikat semikonduktor di kawasan 
perindustrian itu.

Timbalan Ketua Polis daerah, Supritendan Mohd. Yusoff Awang berkata, salah 
seorang daripada penjenayah yang memandu sebuah treler bertindak merempuh 
bahagian depan lori keselamatan berkenaan menyebabkan ia terhenti di lorong 
tersebut.

"Empat lagi rakannya yang bersenjatakan parang dan menaiki sebuah kereta muncul 
di belakang lori keselamatan itu sejurus selepas kejadian dan mengarahkan 
kesemua pengawal keselamatan tersebut menyerah diri.

"Mereka kemudian memecahkan pintu belakang lori keselamatan itu dan memindahkan 
wayar emas ke dalam kereta sebelum melarikan diri," katanya.

Menurut Mohd. Yusoff, pengawal keselamatan yang memandu lori berkenaan cedera 
ringan akibat impak pelanggaran, manakala dua rakannya tidak mengalami 
kecederaan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke