Sepanjang bulan Mac 2011 telah 14 orang di sekitar Kuala Lumpur telah menjadi 
mangsa simbahan asid secara rambang oleh dua suspek bermotosikal termasuk 
pasangan pelancong Perancis. Orang ramai telah mula merasai takut untuk keluar 
rumah dan mereka membawa air dalam botol untuk mengurangkan kesan melecur pada 
muka dan kulit jika di simbah asid tersebut.

Berita sebelum ini Gila, Serangan Asid terhadap penduduk Kuala Lumpur, AWAS di 
http://amkns.blogspot.com/2011/04/gila-serangan-asid-terhadap-penduduk.html 

Students, staff in Kuala Lumpur carry water in fear of acid attacks
Asia News Network
ANN – Fri, Apr 1, 2011 12:20 PM SGT

Kuala Lumpur (The Star/ANN) - More students in the Bangsar area in Malaysia 
have started carrying bottles of water to school in case they become victims of 
the acid splashers, who have been terrorising residences over the past month.

A teacher, who wished to remain anonymous, said students and staff of her 
school had been living in fear of what danger lay outside the school compound 
since late February, when the first known attack happened.

http://sg.news.yahoo.com/students-staff-kuala-lumpur-carry-water-fear-acid-20110331-212002-510.html
 

Selasa Mac 29, 2011
Polis Tubuh Pasukan Khas Siasat Serangan Asid

KUALA LUMPUR: Polis telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian 
serangan cecair kimia di Bangsar dan Jalan Sultan Abdul Samad baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, 
setakat ini, tangkapan belum dilakukan memandangkan tidak ada bukti atau saksi 
yang tampil menyalurkan maklumat berhubung insiden itu.

"Saya yakin pasti ada individu yang melihat kejadian tersebut memandangkan 
kedua-dua kejadian berlaku di lokasi awam, justeru, kita minta saksi agar 
tampil memberikan maklumat kepada polis.

"Sehingga kini, belum ada lagi suspek yang dikenal pasti dan kesemua mangsa 
sendiri tidak dapat membantu banyak kerana mereka sendiri masih trauma dan 
hilang fokus akibat kejadian yang menimpa," katanya pada sidang akhbar di sini, 
Selasa.

Pada 24 Mac lalu, Eksekutif Pemasaran Ruhainah Husin, 30, melecur di muka dan 
bahu selepas disimbah sejenis cecair kimia di depan sebuah restoran di Jalan 
Tun Sambanthan, Bangsar manakala rakan sekerjanya cedera ringan.

Esoknya, seorang guru cedera selepas disimbah cecair yang sama di luar sebuah 
sekolah rendah berhampiran Jalan Sultan Abdul Samad di sini pada jam 7 pagi 
oleh dua lelaki bermotosikal.

Ditanya sama ada kedua-dua kejadian dipercayai dilakukan oleh suspek yang sama, 
Wan Abdul Bari berkata, perkara itu tidak dapat disahkan kerana sasaran dan 
lokasi yang berlainan.

Selain itu, katanya, motif serangan kedua-dua insiden juga tidak dapat 
dipastikan.

Menurutnya, pada tahun ini sahaja sebanyak 10 kes serangan cecair kimia 
dilaporkan di sekitar Lembah Klang dan dua daripadanya berlaku di daerah 
Brickfields.

"Rondaan dan kawalan, terutamanya di sekolah-sekolah dan kawasan-kawasan lain, 
dipertingkatkan dan kita minta orang awam, jika terlihat individu yang 
mencurigakan, agar menghubungi mana-mana balai polis atau IPD (Ibu pejabat 
Polis Daerah) Brickfields di talian 03-90516222 atau 03-90571086 dengan 
segera," katanya.

http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2011/3/29/mstar_jenayah/20110329200735&sec=mstar_jenayah
 


      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke