Dua kes besar yang melanda PDRM ketika ini yang masih menjadi misteri. Serangan 
Adenovirus yang hanya menyerang Pulapol dan serangan asid ke atas penduduk 
Kuala Lumpur yang begitu membingungkan PDRM. Telah 3 orang pelatih PDRM 
meninggal dunia akibat serangan misteri  Adenovirus dan 14 penduduk Kuala 
Lumpur menjadi mangsa serangan asid. Adakah penyerang asid tersebut mencabar 
kecekapan PDRM? Adakah serangan Adenovirus tersebut merupakan serangan senjata 
Biologi?

Justeru itu orang politik terutamanya pemimpin Umno hendaklah membiarkan polis 
bertindak secara professional. Biarlah PDRM memberi tumpuan untuk menyelesaikan 
kes ini, bukan diarahkan PDRM mengekang aktiviti Pakatan Rakyat yang sedikit 
pun tidak mendatangkan ancaman biologi dan kimia terhadap rakyat.

Cerita lanjut 14 penduduk KL menjadi mangsa serangan asid sepanjang Mac 2011 di 
http://amkns.blogspot.com/2011/04/warga-kl-dinasihat-bawa-air-hadapi.html 


Rabu Mac 30, 2011
Kematian Ketiga Akibat Adenovirus

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Rabu mengesahkan 
seorang lagi pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur 
meninggal dunia akibat jangkitan Adenovirus.

Mangsa itu yang ketiga maut akibat jangkitan itu berasal dari Bagan Datoh, 
Perak, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur pada 
pukul 11.30 malam Selasa.

Liow berkata mangsa telah dimasukkan ke hospital itu sejak 3 Mac lalu meninggal 
akibat kegagalan organ dalamannya berfungsi.

"Mangsa ialah kes yang awal dan bukan kes terbaru. Kes terakhir yang dikesan 
ialah pada 19 Mac lepas," katanya ketika ditanya pemberita di sini.

Beliau berkata sekiranya dalam tempoh 14 hari dari tarikh kes terakhir dikesan, 
tiada kes terbaru dilaporkan kementerian boleh mengisytiharkan bebas dari virus 
itu.

Sementara itu, kenyataan di facebook Polis Diraja Malaysia menjelaskan, jenazah 
mangsa Pelatih Konstabel, Mohammad Siman, 23, dibawa ke Tebuk Kiyai, Selekoh, 
Perak pukul 10 pagi tadi, untuk dikebumikan.

Sehingga kini, jumlah mereka yang masih dirawat di wad biasa hospital tersebut 
ialah dua pelatih inspektor perempuan. Masing-masing berada dalam keadaan 
stabil serta menunjukkan tanda-tanda memberangsangkan untuk sembuh.

Manakala jumlah pelatih yang menjalani pengasingan adalah 59 orang dan jumlah 
tersebut menunjukkan penurunan dari sehari ke sehari. - BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/3/30/mstar_berita/20110330155111&sec=mstar_berita
 


      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke