1 dari setiap 5 orang di Malaysia ini berpotensi gila atau sakit mental. Jika 
rakyat Malaysia 27 juta orang, bermakna 5.4 juta orang rakyat kita ada potensit 
gila atau sakit mental. Rakyat sekarang hidup dalam keadaan tertekan, stress 
yang amat sangat, media menggila ulas isu politik dan video lucah. Usaha dakwah 
secara sukarela terlalu sedikit, khutbah Jumaat lesu dan mengantukkan.

Berita sebelum ini Lelaki Gila rempuh Masjid dan kaitannya dengan Khutbah 
Jumaat di 
http://waghih.blogspot.com/2011/03/lelaki-gila-rempuh-masjid-dan-khutbah.html 

SELAMATKAN UMAT INI 

Lelaki gila bakar al-Quran ditahan
Harian Metro 6 April 2011 

KLANG: Misteri kejadian al-Quran di masjid Kampung Johan Setia, dekat sini, 
dibakar terjawab selepas polis menahan seorang lelaki disyaki kurang siuman, 
semalam.

Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan selepas penduduk dan ahli jawatankuasa 
(AJK) masjid mengesyaki dia melakukan perbuatan itu berikutan pernah dilihat 
membuang dan membakar surah Yasin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata 
dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi semalam, siak masjid berkenaan ternampak 
senaskhah al-Quran dan kalendar dilekatkan pada dinding masjid mempunyai kesan 
terbakar ketika memasuki masjid berkenaan untuk solat Subuh.

Katanya, suspek dipercayai menggunakan pemetik api untuk membakar naskhah 
al-Quran yang diletakkan di atas permaidani di masjid itu.

“Ketika ditemui, api sudah padam, tetapi naskhah al-Quran itu masih berasap. 
Menurut siak masjid, pintu pagar masjid berkenaan dikunci, tetapi pintu masjid 
tidak berkunci.

“Kejadian itu dilaporkan nazir masjid pada jam 9 pagi tadi (semalam),” katanya 
di sini, semalam.

Mohamad berkata, tangkapan terhadap lelaki yang dipercayai kurang siuman itu 
dibuat kira-kira jam 11.30 pagi semalam di rumahnya di kampung sama. Jarak 
rumah suspek dengan masjid itu kira-kira 100 meter.

Katanya, siasatan awal terhadap lelaki itu mendapati dia tidak mempunyai rekod 
kesalahan lampau, tetapi lelaki itu ditahan berikutan keterangan AJK masjid 
berkenaan mengenai perbuatannya sebelum ini, selain suspek pernah membakar 
motosikal seorang lelaki warga asing yang menetap di kampung berkenaan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lelakigilabakaral-Quranditahan/Article/index_html
 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke