Utusan Malaysia 6 April 2011 
Solat dalam sudut sains

Ketua Pakar Penyelidik Sains Solat, Fakulti Bioperubatan, Universiti Malaya 
(UM), Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim.

Dalam pembentangan kajian pertama bertajuk Kesan Postur Badan dan Pergerakannya 
di Dalam Solat, Dr. Fatimah menjelaskan pergerakan dalam solat amat 
mempengaruhi keadaan tubuh badan. 

Semasa meletakkan tangan di antara dada dan pusat selepas takbiratul ihram, 
posisi tangan pada waktu itu adalah dalam keadaan rehat.

Jika dilihat dari sudut fisiologi, posisi tersebut berada dalam keadaan rehat 
yang maksimum. Ia mampu melancarkan pergerakan sendi dan mengelakkan penyakit 
sendi.

Pada posisi rukuk, seseorang akan berasa sakit di bahagian belakang paha jika 
menekan kedua belah lutut dengan meluruskan tangan. 

Posisi 90 darjah seperti yang disarankan oleh Rasulullah mampu menyembuhkan 
penyakit berkaitan tulang belakang.

Lutut perlulah diletakkan terlebih dahulu diikuti tangan dan kepala dalam 
kedudukan sujud. 

Kedudukan begini adalah cara terbaik menjadikan otot besar dan kuat. Secara 
tidak langsung, ia amat membantu melancarkan pengaliran darah dan limpa ke 
seluruh anggota badan. 

Dr. Fatimah turut menjemput seorang peserta membuat demonstrasi di pentas bagi 
membuktikan kebenaran kajiannya.

Peserta berkenaan mencuba seperti apa yang diarahkan dan bersetuju dengan apa 
yang dijelaskan oleh Dr. Fatimah.

Beliau menekankan kepentingan solat dan menasihatkan peserta agar tidak timbul 
niat menjadikan solat semata-mata untuk menjadi sihat, kerana perkara 
sedemikian amat bercanggah dengan tujuan solat. 

Katanya, solat adalah khusus kepada Allah, maka ia tidak boleh disertakan 
dengan niat lain bagi tujuan kesihatan. 

Cuma apa yang ditekankan dalam kajian tersebut adalah kesan sampingan daripada 
bersolat, manusia akan memperoleh kebaikan yang tidak dapat dinafikan 
kebenarannya. 

"Kajian Dr. Fatimah menunjukkan bukti bahawa manusia akan mencapai kecergasan 
dan kesihatan yang terbaik semasa bersolat," katanya. 

Dalam satu lagi sesi bertajuk Solat dan Kesan Kepada Denyutan Jantung' Dr. 
Fatimah menjelaskan jantung memainkan peranan amat penting dan sangat berjasa 
kepada manusia.

Denyutan jantung dalam keadaan rehat adalah di antara 60-80 denyutan seminit. 

Akan tetapi bagi atlet sukan, kadar denyutan jantung mereka lebih rendah, iaitu 
40-60 denyutan seminit. 

Peserta diberi kefahaman bahawa, semakin rendah kadar denyutan jantung, 
bermakna kesihatan jantung lebih terjaga. 

Kesihatan jantung perlu diberi perhatian serius memandangkan kematian akibat 
serangan jantung semakin meningkat dan tidak mengenal usia. 

Ia juga dikatakan pembunuh nombor satu negara kerana serangannya berlaku secara 
senyap dan tidak mengira keadaan. 

Bahaya yang ditunjukkan akibat serangan jantung begitu membimbangkan, dan 
beliau berjaya menemui bukti saintifik bahawa dengan bersolat, kadar denyutan 
jantung dapat dikawal dengan baik. 

Selain itu, dengan melakukan solat juga dapat mengurangkan risiko darah tinggi. 

Jantung berdenyut dengan kadar paling rendah semasa posisi sujud, iaitu 
sebanyak 72 dan 73 denyutan seminit. 

Apabila seseorang duduk pada tahiyat akhir, kadar denyutan jantung meningkat 
semula dan ia mengepam darah ke bahagian atas badan serta kepala. 

Secara tidak langsung, jumlah darah yang diperlukan juga meningkat. 

Hasil kajian beliau mendapati, posisi sujud adalah kedudukan terbaik untuk 
kesihatan jantung. Lebih banyak bersujud, maka seseorang dapat mengurangkan 
kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan darah. 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0405&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke