Boleh kah mereka yang dibicarakan di mahkamah di Malaysia ini mendapat keadilan 
jika seorang Ketua Hakim Negara bersikap begini di hadapan khalayak ramai ? 
Kepimpinan Melalui Tauladan?

Khamis April 7, 2011 
Ketua Hakim Negara Tinggalkan Sidang Media Dalam Keadaan Marah... 
Oleh SALWA SHA’ARI 
Mstar

SHAH ALAM: Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi meninggalkan sidang media yang 
diadakan selepas Majlis Perasmian Mahkamah Khas Jenayah Rasuah di sini pada 
Rabu, dalam keadaan marah apabila menyangkakan wartawan telah merakamkan visual 
percakapannya walaupun telah diarah untuk tidak berbuat demikian.

Sebaik sahaja hadir pada sidang media tersebut, Zaki meminta supaya wartawan 
tidak mula merakamkan visual kerana semua perkara berhubung majlis berkenaan 
telah terkandung dalam ucapan perasmian yang dibacanya.

Bagaimanapun, tiba-tiba Zaki melenting apabila beliau mendapati terdapat kamera 
televisyen yang sedang merakamkan percakapannya.

“Saya dah kata jangan rakam, tetapi kamu tetap rakam,” katanya dalam nada yang 
tinggi dalam bahasa Inggeris.

Beliau juga tidak melayani sebarang pertanyaan para wartawan termasuk berkaitan 
beberapa prosedur baru yang telah diperkenalkan oleh mahkamah sejak tahun lalu 
lagi.

Malah pertanyaan seorang wartawan apakah rakaman audio dan transkrip mahkamah 
boleh diperolehi pihak media juga tidak dijawab Zaki.

Sebaliknya, beliau sekali lagi mengulangi rasa amarahnya kepada media kerana 
merakamkan visual percakapannya dan menghentak meja sebelum meninggalkan sidang 
media tersebut.

Wartawan bagaimanapun terus kekal di majlis tersebut untuk menunggu sekiranya 
Zaki akan kembali menghadiri sidang media berkenaan.

Bagaimanapun, Zaki tidak kembali semula menyebabkan sidang media diadakan tanpa 
kehadirannya dan digantikan oleh Pengarah Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan 
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Datuk Hisham Nordin.

Turut menyertai sidang media itu ialah Pengarah Unit Pengurusan Prestasi dan 
Pelaksanaan (PEMANDU) di Jabatan Perdana Menteri, D. Ravindra.

Seorang wartawan turut meminta izin daripada Hisham sekiranya sidang media 
tersebut boleh dirakamkan oleh kamera wartawan televisyen ekoran kejadian tadi.

Hisham yang memberikan kebenaran untuk merakamkan visual sidang media tersebut 
turut memberitahu sebenarnya berlaku 'salah faham' dan memohon maaf kepada 
wakil-wakil media.

"Saya menanggung kesilapan itu," katanya.

Terdahulu, majlis perasmian tersebut juga dihadiri oleh Menteri di Jabatan 
Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya 
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamad.

Zaki dalam ucapan perasmiannya berkata, penubuhan 14 mahkamah khas rasuah akan 
mempercepatkan pendengaran kes-kes rasuah yang lazimnya mengambil masa yang 
lama. 

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/4/7/mstar_berita/20110406200258&sec=mstar_berita
 
   



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke