Kematian mengejut Pegawai Kanan Kastam di pejabat SPRM membuka lebih banyak 
misteri akan kematian mengejut sebelum ini. Apakah kesudahan kematian pegawai 
penyiasat Jabatan Alam Sekitar Sarawak (JAS), Rumie Azzan Mahlie yang jatuh 
dari tingkat sembilan di sebuah bangunan yang menempatkan pejabat JAS di 
Pending pada 17 Sept, 2004.

Bernama.com 
Am 21 Mei, 2007 14:33 PM 
Keputusan Kematian Rumie Ditangguhkan Pada 25 Jun 

KUCHING, 21 Mei (Bernama) - Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada 25 Jun 
sama ada ia mempunyai kuasa untuk mengkaji semula keputusan Koroner kerana 
kematian pegawai penyiasat Jabatan Alam Sekitar Sarawak (JAS), Rumie Azzan 
Mahlie tiga tahun lepas.

Hakim David Wong Dak Wah, yang sepatutnya membuat keputusan hari ini 
menangguhkannya setelah peguam pemerhati bagi keluarga Rumie, Dominuque Ng, 
tidak hadir di mahkamah kerana beliau menghadiri persidangan Dewan Undangan 
Negeri hari ini.

Wong akan membuat keputusan sama ada Ng, yang juga Anggota Dewan Undangan 
Negeri (ADUN) Padungan, mempunyai locus standi (kedudukan undang-undang) untuk 
memohon bagi satu kajian semula penghakiman bagi pihak keluarga Rumie kerana di 
bawah perkara biasa, hanya timbalan pendakwaraya, yang berperanan sebagai 
pemeriksa dalam inkues itu, mempunyai locus standi untuk mengadakan kajian 
semula penghakiman terhdap keputusan tersbeut.

Menurut laporan itu, Rumie yang jatuh dari tingkat sembilan di sebuah bangunan 
yang menempatkan pejabat JAS di Pending di sini pada 17 Sept, 2004.

Inkues itu diadakan apabila keluarga Rumie meminta polis membuka semula 
siasatan kes itu, dengan mendakwa beliau dibunuh dan kematiannya itu disebabkan 
perbuatan jahat.

Sebanyak 31 saksi dipanggil memberikan keterangan pada inkues selama 21 hari 
yang bermula pada 24 Okt tahun lepas.

Mereka termasuk bapa Rumie Mahlie Jolihi, isteri beliau Suraidi Abdullazid, 
pegawai penyiasat polis Sub Inspektor Mohammad Bujang dan bekas pengarah JAS 
Sarawak Dr Abdul Rahman Awang.

Koroner Tengku Sharizam Tuan Lah tidak memberikan banyak maklumat terhadap 
keputusan mengenai kematian Rumie pada Otober tahun lepas.

Beliau menyatakan bahawa kematian Rumie disebabkan jatuh dari tingkat yang 
tinggi kerana tidak banyak keterangan untuk membantu mengenal pasti punca 
kematian tersebut.

-- BERNAMA 
 
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=263088 

22/06/2007

Kes kematian Rumie: Permohonan semak keputusan koroner ditolak

KUCHING 22 Jun — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan untuk 
menyemak penemuan koroner dalam kes kematian pegawai penyiasat Jabatan Alam 
Sekitar Sarawak (JAS), Rumie Azzan Mahlie tiga tahun lepas.

Semasa membuat keputusan itu, Hakim David Wong Dak Wah berkata, beliau berpuas 
hati bahawa inkues berhubung kematian pegawai berumur 31 tahun itu telah 
dirumuskan mengikut fakta betul berdasarkan keputusan terbuka yang dibuat oleh 
koroner bahawa tiada keterangan menunjukkan beliau membunuh diri atau telah 
dibunuh.

Menurut laporan, kematian Rumie akibat terjatuh dari tingkat sembilan bangunan 
yang menempatkan pejabat jabatan itu di Pending di sini pada 17 Sept, 2004.

Wong juga berkata, adalah di luar bidang kuasa Mahkamah Tinggi untuk 
mengarahkan pendakwa raya untuk membuka semula kes itu dengan pasukan penyiasat 
yang lebih cekap, seperti dipohon keluarga Rumie untuk membersihkan namanya, 
mendakwa yang dia telah dibunuh dan kematiannya disebabkan perbuatan khianat.

Bagaimanapun, beliau memutuskan peguam Dominique Ng, yang bertindak sebagai 
peguam pemerhati bagi keluarga Rumie, mempunyai locus standi (hak dari segi 
undang-undang) untuk memohon semakan penghakiman bagi pihak mereka kerana dalam 
keadaan biasa, hanya pendakwa raya yang memainkan peranan sebagai pemeriksa 
dalam sesuatu inkues mempunyai locus standi untuk mengemukakannya.

Yang turut hadir di mahkamah ialah anggota keluarga Rumie, termasuk balunya 
Suraidi Abdullazid, dua anak lelakinya Syafi, 9, dan Hafeez, 6, yang jelas 
kelihatan kecewa dengan keputusan hari ini.

Inkues itu, diadakan selepas keluarga Rumie meminta polis membuka semula 
siasatan kes itu, mendapati kematiannya adalah akibat terjatuh daripada satu 
tempat tinggi ekoran kekurangan bukti untuk membantu mengenal pasti punca 
kematiannya.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ng berkata, keluarga itu berasa lega 
dengan keputusan koroner yang menolak andaian bahawa Rumie membunuh diri kerana 
tekanan kerja, yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, beliau menggesa pendakwa raya menyemak 
semula penemuan mahkamah rendah itu, yang dikendalikan oleh koroner Tengku 
Sharizan Tuan Lah.

Sebanyak 31 saksi memberikan keterangan pada inkues selama 21 hari bermula 24 
Okt. tahun lepas, termasuk bapa Rumie, Mahlie Jolihi, Suraidi, pegawai 
penyiasat Sub Inspektor Mohammad Bujang dan bekas pengarah JAS Sarawak Dr Abdul 
Rahman Awang. - Bernama
http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PR11&y=2007&dt=0622&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_01.htm
  




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke