Risik tentera sepatutnya digunakan untuk melindungi negara dan rakyat dari sebarang ancaman termasuk ancaman serangan senjata biologi. Negara berkemungkinan diancam serangan atau ujian senjata biologi akan tetapi media sibuk dengan isu video lucah. Menang sorak, nyawa rakyat, nyawa pelatih polis dan pelatih tentera yang tergadai.
Tidakkah rakyat merasa hairan bagaimana PULAPOL dan PUSASDA tempat yang sepatutnya paling selamat, paling disiplin, paling bersih berbanding dengan Kem Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin di Lenggeng boleh terkena serangan Adenovirus ini. Adakah ada cubaan pihak luar yang ingin menguji tahap kesiapsiagaan tentera dan polis kita menghadapi serangan senjata biologi? Kenapa tidak digunakan teknik semburan wap Neutral Electrolyzed Water (NEW) yang jauh lebih kos efektif untuk membunuh Adenovirus ini di persekitaran PULAPOL dan PUSASDA? Laporan Utusan Malaysia 8 April 2011 menyatakan jumlah pelatih polis dijangkiti Adeno meningkat lagi di Port Dickson. Akan tetapi berita ini bukan berita utama tajuk akhbar hari ini, video lucah lebih penting, gambar 8 orang pegawai imigresen yang masih muda lebih penting. Kenapa Menteri Kesihatan ada di Sarawak bukan di Port Dickson bila buat kenyataan akhbar ini? JUMLAH DIJANGKITI ADENO VIRUS MENINGKAT DI PORT DICKSON Utusan Malaysia 8 April 2011 KUCHING 7 April - Bilangan pelatih konstabel Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Port Dickson yang dijangkiti virus Adeno meningkat kepada 13 orang setakat hari ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, daripada jumlah itu, seramai 10 ditempatkan di Hospital Port Dickson (HPD) sementara tiga lagi mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban. Sementara itu, katanya, bilangan pelatih Pulapol yang diasingkan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Teluk Kemang juga bertambah kepada 142 orang. "Kita telah menghantar sepasukan doktor ke hospital-hospital itu bagi meneliti serangan virus tersebut dan keadaan adalah terkawal," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Baru-baru ini, negara digemparkan dengan kematian tiga pelatih polis di Pulapol Jalan Semarak, Kuala Lumpur akibat jangkitan virus Selepas negara digemparkan dengan kematian tiga pelatih polis di Pulapol Jalan Semarak, Kuala Lumpur akibat jangkitan virus Adeno baru-baru ini, virus itu menjangkiti Pulapol Port Dickson pula. Sabtu lalu, seramai lapan pelatih konstabel di Pulapol Port Dickson yang berpusat di Pusasda dimasukkan ke HPD setelah menunjukkan simptom jangkitan virus berkenaan seperti demam panas. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0408&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm Rift Valley fever virus (RVFV) has been cited as a potential BIOLOGICAL-WEAPON THREAT due to the serious and fatal disease it causes in humans. We have incorporated the RVFV glycoprotein genes into a nonreplicating complex ADENOVIRUS http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19776190 ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

