Derita janda tiga anak
Harian Metro 8 Apr 2011 

MELAKA: Sejak kematian suami tiga tahun lalu, kesempitan hidup seorang ibu 
tunggal bersama tiga anaknya tidak berkesudahan apabila gagal mendapat bantuan 
daripada mana-mana pihak biarpun pelbagai permohonan dilakukan.

Malah, empat beranak itu kini hanya mengharapkan belas ihsan jiran tetangga 
yang menyumbang barang keperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Amas Emat, 51, berkata, beliau semakin tertekan apabila sewa rumah kerap 
tertunggak sehingga menyebabkan mereka sudah beberapa kali diarah keluar dari 
kediaman itu.

“Kami terpaksa meminjam wang daripada jiran atau rakan untuk mengelakkan 
daripada dihalau keluar dan bernasib baik kerana tuan rumah masih mempunyai 
sifat bertimbang rasa serta faham keadaan kami.

“Mungkin orang lihat saya sentiasa tersenyum, namun mereka tidak tahu saya 
`makan hati’ mengenang nasib kami sekeluarga yang serba kekurangan dan hanya 
bergantung pada belas ihsan orang lain,” katanya ketika ditemui di Taman Bukit 
Beruang Utama, di sini, baru- baru ini.

Keperitan hidupnya bermula apabila suaminya, Abdul Karim Bur Rahim, 50-an, yang 
menyara keluarga dengan berniaga terlantar sakit tiga tahun lalu kerana 
menghidap penyakit lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis sebelum 
meninggal dunia tidak lama kemudian.

Biarpun mempunyai tiga anak berumur antara 20 hingga 23 tahun, disebabkan 
ketiga-tiganya tidak berpelajaran seorang daripadanya, Abdul Majid, 20, hanya 
berkerja sebagai pembantu kedai dan dua lagi tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Disebabkan tidak berpendidikan, mereka sukar mendapat pekerjaan, namun simpati 
dengan keperitan hidup kami menyebabkan jiran mengambil Majid bekerja sebagai 
pembantu di gerainya dengan upah RM15 sehari.

Manakala dua abangnyaMohad Karim, 23, dan Abdul Rahman, 22, tidak mempunyai 
pekerjaan tetap.

“Pendapatan yang mereka peroleh tidak cukup untuk menampung perbelanjaan kami 
apatah lagi perlu membayar sewa rumah RM250 sebulan dan membiaya kos rawatan 
saya yang menghidap penyakit darah tinggi dan sakit jantung,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Deritajandatigaanak/Article/index_html
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke