Hidup di dunia hanya sementara, hidup di akhirat kekal sampai bila-bila. Mereka 
yang bijak ialah mereka yang banyak mengingati mati serta membuat persiapan 
bekalan sesudah mati. Buatlah semua Allah dan Rasul suruh, tinggalkanlah semua 
Allah dan Rasul tegah.

Untuk persiapan setiap isi rumah menghadapi bencana besar ini di Malaysia sila 
ke pautan berikut 
http://waghih.blogspot.com/2011/03/persiapan-menghadapi-gempa-bumi-di.html  

MALAYSIA MULA BERISIKO KESAN PERUBAHAN CUACA
Berita Minggu 10 April 2011 

PUTRAJAYA: Malaysia perlu bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya 
bencana alam lebih dahsyat seperti banjir besar, gempa bumi berskala kecil dan 
sederhana akibat perubahan tiupan angin serta iklim global sekarang.
Presiden Persatuan Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (mSET), Prof Datuk Abang 
Abdullah Abang Ali, berkata ramai berpendapat Malaysia selamat dan berisiko 
rendah untuk menghadapi bencana alam kerana kadar taburan hujan sekata 
sepanjang tahun dan hanya merasai gegaran akibat gempa bumi berskala kecil.

Bagaimanapun, beliau berkata, situasi sekarang berbeza kerana statistik 
dikeluarkan Jabatan Meteorologi mendapati Malaysia semakin berisiko menghadapi 
bencana alam berikutan perubahan cuaca yang mendadak seperti peningkatan kadar 
taburan hujan, ribut petir dan tanah runtuh.

“Sama ada suka atau tidak, situasi di Malaysia sekarang semakin buruk. Malah, 
kita boleh lihat perubahan cuaca yang ketara apabila banjir, ribut petir dan 
tanah runtuh semakin kerap berlaku.

“Walaupun Malaysia tidak pernah mengalami gempa bumi sehingga 9 magnitud 
seperti Jepun baru-baru ini, namun kita perlu bersiap sedia untuk menghadapi 
bencana alam lebih dahsyat,” katanya selepas Konvensyen Kejuruteraan dan 
Teknologi Kebangsaan 2011 dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian 
Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Tenaga), Badaruddin Mahyuddin di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Abang Abdullah, berkata secara profesionalnya beliau 
berpendapat kebanyakan bangunan tinggi di Malaysia tidak mempunyai ketahanan 
atau mengalami kerosakan teruk dan runtuh sekiranya negara dilanda gempa bumi 
berskala sederhana.
Katanya, kebanyakan bangunan di Malaysia tidak direka bentuk untuk menahan 
gegaran akibat gempa bumi, aliran air deras berikutan tsunami dan angin kencang.

Abang Abdullah berkata, pihaknya akan memangggil pakar luar negara termasuk 
dari Jepun dan Filipina bagi berkongsi pengalaman dan kepakaran mengenai kaedah 
terbaik menghadapi bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan banjir besar 
menerusi Simposium Kejuruteraan dan Teknologi Serantau (RSET) yang bakal 
diadakan di Kuching, Sarawak, pada November depan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bersediahadapibencanadahsyat_/Article
 

GAMBARAN KIAMAT MENURUT AL-QURAN
Mingguan Malaysia 10 April 2011

Oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri

Tsunami yang berlaku mungkin bayangan kecil kepada kiamat yang dijanjikan oleh 
Allah kepada makhluk-Nya.

SURAH al-Zalzalah termasuk dalam kategori surah Madaniyyah. Inilah pendapat Ibn 
Abbas, Qatadah, Muqatil dan jumhur ulama. Sedangkan Ibn Mas’ud, Ata’ dan Jabir 
pula berpendapat ia termasuk dalam surah Makiyyah.

Ia mengandungi lapan ayat dan diturunkan selepas surah al-Nisa’. Hubungan surah 
ini dengan surah al-Bayyinah adalah: Dalam surah yang lalu diterangkan balasan 
yang diterima oleh orang yang beriman dan orang kafir. Dalam surah ini pula, 
Allah SWT menjelaskan waktu dan tanda-tanda berlaku hari kebangkitan.

Sebab nuzul

Orang kafir sering bertanya tentang hari pengadilan. Mereka bertanya: Bilakah 
datangnya hari Kiamat itu? Manakala sesetengah yang lain bertanya: Bilakah 
datangnya janji itu?

Dalam surah ini, Allah SWT menerangkan tanda-tanda akan berlakunya hari kiamat 
agar mereka mengetahui bahawa tiada jalan lain untuk menentukan hari itu iaitu 
hari yang didedahkan kepada manusia bahawa mereka semua akan kembali menghadap 
Allah SWT untuk mengurniakan balasan pahala kepada orang yang beriman serta 
seksaan kepada orang yang melakukan perbuatan dosa.

Tafsiran ayat

Firman Allah SWT: Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat). 
Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandungnya).

Ibn al-Jauzi menyebut dua pendapat ulama berkenaan dengan waktu goncangan 
tersebut:

i. Ia berlaku di dunia dan termasuk tanda kiamat. Inilah pendapat kebanyakan 
ulama.
ii. Ia goncangan pada hari kiamat. Inilah pendapat Kharijah bin Zaid.

Berkenaan dengan maksud telah mengeluarkan beban-beban berat:

i. Orang-orang mati dibangkitkan seperti kata Ibn Abbas.
ii. Segala bahan simpanannya daripada emas, perak dan lain-lain seperti 
pendapat Atiyyah.

Sayid Qutub berkata: Itulah peristiwa hari Kiamat di mana seluruh bumi bergegar 
dengan gempa-gempa yang paling dahsyat dan meluahkan segala isi perutnya dari 
mayat-mayat, logam-logam dan sebagainya, seolah-olah bumi mahu meringankan 
tubuhnya daripada kandungan-kandungan yang berat itu.

Itulah satu pemandangan yang menunjukkan segala sesuatu yang tegak di bumi 
telah bergoyang di bawah tapak kaki para pendengar surah ini. Mereka merasa 
terhuyung-hayang, bumi terus bergegar dan bergoncang di bawah tapak kaki 
mereka, satu pemandangan yang menakutkan hati yang selama ini menyangkakan 
segala apa yang tegak di bumi itu akan tetap teguh, kukuh dan kekal abadi.

Inilah kesan pertama kiamat yang digambarkan oleh al-Quran, satu gambaran yang 
benar-benar hidup dan menjalar ke dalam saraf-saraf pendengar ayat-ayat ini 
sebaik sahaja mendengar ungkapan al-Quran yang unik ini.

Kesan ini bertambah apabila digambarkan reaksi manusia terhadap pemandangan itu 
dan dilukiskan keadaan-keadaan perasaan mereka ketika melihat pemandangan ini.

Firman Allah SWT: Dan manusia bertanya: Mengapa bumi (menjadi begini)? Pada 
hari itu bumi menceritakan beritanya. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah 
memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.

Al-Mawardi mengemukakan maksud bumi mengkhabarkannya kepada dua pendapat:

i. Perkhabaran berkenaan segala amalan hamba yang dilakukan di dunia dahulu. 
Inilah pendapat Abu Hurairah.
ii. Mengkhabarkan berkenaan perihal kiamat. Inilah pendapat Ibn Mas’ud

Ketika berlakunya gempa bumi yang hebat ini, bumi menceritakan isinya kepadamu 
dalam bentuk kegoncangan, getaran yang hebat dan gerakan bumi yang dahsyat 
serta kehancuran seluruh isinya yang tiada tandingannya sebelum ini.

Justeru, ia akan memberi jawapan dan pengertian kepada orang yang bertanya 
bahawa kegoncangan yang sedang berlaku itu bukan kerana sebab-sebab yang biasa 
berlaku ketika seluruh alam berada dalam keadaan normal.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0408&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke