Oleh YB Datuk Mahfuz Omar   

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menyambut baik pengumuman Timbalan 
Menteri Pengangkutan di Dewan Rakyat pada 23 Mac 2011 bahawa Jemaah Menteri 
telah bersetuju untuk menangguhkan penyenaraian hitam pemilik kenderaan dan 
pemegang lesen. 

Keputusan Jemaah Menteri ini telah mengesahkan dakwaan dan desakan KASE selama 
ini iaitu penyenaraian hitam pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu 
adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang serta Perlembagaan 
Persekutuan.

Semasa mengumunkan perkara tersebut di Dewan Rakyat, Timbalan Menteri 
Pengangkutan menyatakan bahawa keputusan penangguhan senarai hitam membabitkan 
Notis Pol 170A (Saman Ekor) tersebut adalah atas nasihat Jabatan Peguam Negara 
bahawa terdapat suatu kes yang sedang dalam proses rayuan. 

Kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan ini sekali lagi dengan jelas telah 
menunjukkan bahawa tindakan Kerajaan yang selama ini menyenarai hitam pemilik 
kenderaan dan pemegang lesen berasaskan Notis Pol 170A adalah salah dan 
bertentangan dengan undang-undang kerana sudah terdapat kes di Mahkamah yang 
telah memutuskan bahawa tindakan senarai hitam berasaskan sesuatu perkara yang 
belum dibuktikan adalah salah. 

Kami di KASE percaya kes yang dimaksudkan adalah kes Mahkamah Tinggi Kuching 
yang menjadi sandaran hujah KASE selama ini iaitu kes Leonard Lim Yaw Chiang 
lawan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan 
pada tahun 2009.

Kami merasakan sesuatu yang aneh dan pelik apabila suatu keputusan Mahkamah 
telah dibuat sejak tahun 2009 lagi tetapi Kerajaan langsung tidak mengambil 
endah malah meneruskan tindakan senarai hitam yang jelas bertentangan dengan 
keputusan Mahkamah tersebut. 

Kes yang dirujuk tersebut dikendalikan sendiri oleh Penasihat Undang-Undang 
Kanan Persekutuan (Senior Federal Council) yang mewakili Jabatan Pengangkutan 
Jalan Negeri Sarawak. Mustahil Penasihat Undang-Undang Kanan tersebut tidak 
memberikan laporan kepada Jabatan Peguam Negera dan Penasihat Undang-Undang 
Kementerian Pengangkutan tentang kesan kes tersebut. Jika laporan dan nasihat 
telah diberikan tetapi 

Kerajaan tidak mengikut nasihat tersebut, ianya sesuatu yang malang kerana 
dengan jelas Kerajaan tidak menghiraukan nasihat serta tidak menghormati 
keputusan Mahkamah. Jika Kerajaan tidak dinasihati, adalah malang kerana 
Kerajaan mempunyai Penasihat Undang-undang yang gagal menjalankan tugas mereka. 

Malang kerana segala tindakan Kerajaan tersebut dengan jelas telah menindas dan 
membebankan rakyat. Rakyat dihukum, ditindas, dipaksa membayar kompaun walau 
pun kesalahan mereka belum dibuktikan. 

Rakyat dipaksa beratur, bersesak-sesak di kaunter-kaunter bayaran kompaun 
kerana takut dengan gertakan Kerajaan untuk menyenarai hitam jika kompaun tidak 
dibayar. Rakyat ditekan sehingga ada yang terpaksa berhabis duit tabungan, 
terpaksa membuat pinjaman peribadi daripada bank semata-mata untuk membayar 
kompaun kerana takut disenarai hitam oleh Kerajaan.

Sekarang dengan bangganya kerajaan mengumumkan penangguhan senarai hitam. 
Alasannya kerana menunggu rayuan kes di Mahkamah. 

Kenapa sebelum ini tidak menunggu keputusan rayuan tersebut terlebih dahulu? 
Selepas rakyat diperlakukan sedemikian rupa, baru sekarang tindakan tersebut 
ditarik balik? 

Malah Kerajaan melalui Timbalan Menteri Pengangkutan begitu bangga mengumumkan 
bahawa rakyat seharusnya bergembira dengan keputusan Kerajaan menangguhkan 
senarai hitam tersebut. 

Kenapa rakyat harus gembira setelah mereka diperlakukan sedemikian? Kenapa 
rakyat harus gembira dipermain-mainkan oleh Kerajaan? Kenapa rakyat harus 
gembira dengan penindasan dan paksaan Kerajaan terhadap mereka?

Kami di KASE tetap dengan pendirian kami sejak mula bahawa tindakan Kerajaan 
menyenarai hitam adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang serta 
Perlembagaan Persekutuan. 

Segala desakan kami selama ini akhirnya jelas dan nyata kebenarannya. Selain 
itu, kami sekali-kali tidak akan berdiam diri dan berpuashati setakat ini 
sahaja. Kami ingin nyatakan bahawa kami tidak akan berhenti dengan desakan kami 
agar Kerajaan menghapuskira kesemua Saman Ekor (Notis Pol 170A) yang 
dikeluarkan sebelum 1/2/2011. 

Kami juga terus mendesak kerajaan khasnya JPJ dan PDRM agar menghormati dan 
mematuhi peruntukkan undang-undang sedia ada dalam menguatkuasakan 
undang-undang. Jangan menguatkuasakan undang-undang tanpa mengikut prosedur 
serta undang-undang itu sendiri. 

Seterusnya kami juga mendesak Kerajaan khasnya JPJ dan PDRM agar membuktikan 
segala kesalahan yang didakwa dilakukan oleh pengguna-pengguna jalanraya jika 
terdapat bukti kukuh terhadap mereka. Buktikan dakwaan di Mahkamah sebelum 
sebarang hukuman dilaksanakan.

Kami juga mendesak Kerajaan melalui JPJ dan PDRM supaya mengadakan sesi-sesi 
penerangan serta taklimat mengenai undang-undang jalanraya yang terdapat di 
dalam Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang telah mula dikuatkuasakan 
kerana kami yakin bahawa majoriti rakyat tidak mengetahuinya secara terperinci. 

Sesuatu Akta yang hendak dikuatkuasakan hendaklah diterangkan dan dimaklumkan 
kepada rakyat. Jangan menyalahkan rakyat sekiranya mereka melanggar sesuatu 
undang-undang kerana mereka tidak mengetahui sedangkan Kerajaan tidak pernah 
menerangkan dan memberi maklumat kepada rakyat.

Kami juga menyatakan kekesalan dengan ketidak-cekapan Kerajaan dan agensi 
Kerajaan menjalankan tugas. Jemaah Menteri membuat keputusan menangguhkan 
senarai hitam pada 18/3/2011. Keputusannya dimaklumkan pada 23/3/2011 di Dewan 
Rakyat tetapi JPJ hanya membenarkan transaksi (penangguhan senarai hitam) 
bermula 1/4/2011. 

Kenapa perlu mengambil masa begitu lama sehinga berhari-hari untuk melaksanakan 
keputusan Jemaah Menteri? Adakah Kerajaan sedar kesusahan dan kesulitan rakyat 
yang masih tidak dapat memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan dari 
18/3/2011 sehingga 1/4/2011? 

Bagaimana dengan rakyat yang terpaksa membayar kompaun Notis Pol 170A untuk 
memperbaharui cukai jalan dalam termpoh 18/3/2011 sehingga 1/4/2011 sedangkan 
dalam tempoh tersebut Kerajaan sudah membuat keputusan menangguhkan senarai 
hitam? Adakah Kerajaan sedar perkara ini?

AKHIRNYA kami ingin mendesak Kerajaan agar terus menarikbalik tindakan senarai 
hitam bukan hanya menangguhkan sahaja. Penangguhan tidak bermakna apa-apa 
kerana pada bila-bila masa sahaja boleh dilaksanakan semula. 

Cukuplah duit rakyat dikutip selama ini sehingga 1/4/2011 yang lepas. Kepada 
rakyat Malaysia khasnya, lihatlah bagaimana Kerajaan mempermainkan hak anda.

DATUK MAHFUZ OMAR,
Naib Presiden PAS
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2710:tarik-balik-senarai-hitam-bukan-tangguh&catid=91:pendapat-dan-analisis&Itemid=72
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke