Hari ini Jumaat 15 April 2011, topik Khutbah Jumaat yang diedarkan oleh JAKIM 
ke seluruh masjid di Malaysia secara langsung menyentuh mengenai isu 
pilihanraya dan politik. Ini bermakna isu politik dan pilihanraya boleh 
dibincang, dikhutbah, diforum, diceramahkan dalam masjid. Dan topik khutbah 
hari ini sepatutnya dijadikan modul dan ujian untuk semua wakil rakyat, ahli 
parlimen dan semua mereka beragama Islam yang bertanding dalam pilihanraya.

Dan sepatutnya topik khutbah ini dikhutbahkan lebih kerap menjelang Pilihanraya 
Umum ke 13.

Antara topik yang dibincangkan dalam khutbah Jumaat pada 15 April 2011 ialah :

1. Mimbar ingin mengingatkan bahawa pemilihan pemimpin ataupun khalifah 
merupakan satu ikatan kontrak yang dipersetujui dengan rakyat samada melalui 
proses penyerahan kuasa atau pilihanraya. 

2. Ijmak ulama menetapkan bahawa melantik pemerintah yang mampu melaksanakan 
tanggungjawab pemerintah dikalangan umat Islam hukumnya adalah wajib. 

3. Kepimpinan bukan sekadar perjanjian antara pemimpin dengan masyarakat, 
tetapi ia juga merupakan ikatan perjanjian antara pemimpin dengan Allah SWT. 

4. Pemerintahan adalah satu amanah dan disyariatkan bagi mengantikan tugas 
kenabian dalam memelihara agama dan mentadbir urusan dunia umat Islam.  

5. Rasulullah SAW juga telah berpesan kepada umatnya bahawa perlu ada 
dikalangan umatku yang menjadi pemimpin di dalam sesebuah organisasi ataupun 
masyarakat demi melaksanakan amal makruf dan mencegah kemungkaran. 

6. Kepimpinan itu semestinya didokong oleh keimanan kepada Allah SWT, cinta dan 
menghayati sunnah Rasulullah SAW serta berakhlak mulia di mana ianya mampu 
mengadakan hubungan yang baik dan harmoni dengan semua peringkat masyarakat. 

7. Kita dapat melihat kepimpinan Khalifah Umar al- Khattab RA yang boleh 
dijadikan contoh kerana beliau adalah seorang pemimpin yang sangat disayangi 
oleh rakyatnya atas perhatian dan tanggungjawabnya yang luar biasa terhadap 
rakyat. 

8. Sesungguhnya umat Islam amat beruntung kerana mempunyai seorang tokoh yang 
boleh dijadikan panduan dalam merealisasikan asas kepimpinan ini iaitu 
Rasulullah SAW. Baginda adalah contoh yang dikagumi bukan sahaja oleh umat 
Islam malah disanjungi oleh musuh-musuh Islam kerana mempunyai kebolehan dalam 
memimpin dan bertanggungjawab penuh ke atas perlaksanaannya. 

9. Menurut al-Mawardi lagi bahawa: Sesungguhnya pemimpin yang kehendaki ialah 
mereka yang tinggi budi pekerti dan akhlak yang merangkumi ciri  takwa dan 
warak, mereka ini seorang yang sentiasa bercakap benar, amanah, bersih diri 
dari perkara haram dan meragukan, sentiasa tenang dalam keadaan biasa dan 
marah, kualiti maruahnya dihayati dalam semua urusan agama dan dunia. 

10. Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar menyeru seluruh umat Islam 
sekalian marilah sama-sama kita melaksanakan tanggungjawab kita demi agama, 
bangsa dan negara dengan memilih pemimpin yang benar-benar beretika,  bertindak 
selari dengan apa yang dikata atau yang dijanjikan, bertanggungjawab menjaga 
kebajikan dan kesejahteraan rakyat yang dipimpin di dunia dan di akhirat. 

11. Ingatlah bahawa mengkhianati amanah kepimpinan adalah satu dosa  besar yang 
akan menerima hukuman Allah di akhirat nanti. 

Sumber dari laman web JAKIM 
http://www.islam.gov.my/sites/default/files/khutbahjakim/upload/rumi/doc/kepimpinan_taklif_bukannya_tasrif_kemuliaan_rumi_0.doc
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke