Melihatkan keputusan memberangsangkan DAP dalam Pilihanraya Negeri Sarawak pada 16 April 2011 adalah tidak mustahil lebih ramai orang Melayu terutama golongan muda, professional, terpelajar dan siswazah akan menyertai DAP selepas ini. Dari 15 kerusi DUN yang ditandingi oleh DAP, DAP telah memenangi 12 kerusi dengan majoriti undi yang amat ketara dan merupakan sejarah terbaik kemenangan DAP dan Pakatan Rakyat di Sarawak.
DAP sebenarnya adalah merupakan parti yang berlandaskan prinsip demokrasi bukannya berasaskan perkauman. Ianya nampak seperti perkauman Cina hanya kerana kesedaran politik di kalangan masyarakat Cina adalah lebih terbuka. Justeru itu golongan Melayu yang masih ramai lagi menjadi pemerhati atau golongan atas pagar seharusnya menyokong atau menyertai DAP. Kemasukan golongan professional ke dalam DAP telah lama wujud tetapi bukan pada skala besar sebelum ini. Antaranya ialah almarhum Abdul Muluk Daud atau Dharmala NS yang merupakan Sasterawan Negara bergiat aktif dalam DAP di Negeri Sembilan dan pernah bertanding atas tiket DAP di Parlimen Jelebu-Jempol pada tahun 1974 serta dipilih Timbalan Setiausaha Agung DAP pada tahun 1996. Anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno Allahyarham Tan Sri Khir Johari juga telah menyertai DAP baru-baru ini. Zairil Khir, 26, Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat, berkata: “Parti ini mewakili pelbagai bangsa sepertimana yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman.” Beliau berkata lagi bahawa beliau bercadang untuk melibatkan diri di dalam politik untuk meneruskan perjuangan bapanya. Beliau menjelaskan bahawa UMNO semasa ayahnya masih ada berbeza sama sekali dengan keadaan UMNO yang ada pada hari ini. Allahyarham Khir Johari adalah antara nama-nama besar dalam Umno. Allahyarham pernah dilantik menjadi Menteri Muda Pertanian dan Perikanan (1955), Menteri Pelajaran (1957-1959 dan 1965-1968), Menteri Perdagangan dan Industri (1960-1962 dan 1969-1971), Menteri Pertanian dan Koperasi (1963-1964) dan Menteri Tidak Berportfolio (1973). Sementara itu bekas Naib Pengerusi Lembaga Pengarah Transparency International Tunku Abdul Aziz Ibrahim telah menyertai DAP dan, beliau dilantik sebagai Naib Pengerusi parti DAP sejak tahun 2008 Apa tunggu lagi. JOM UBAH ! JOM SERTAI DAP. Sila muat turun boring keahlian DAP di http://dapmalaysia.org/bm/index.php/borang-ahli/ Sumber : http://hidupharapan.blogspot.com/2011/01/anak-allahyarham-tan-sri-khir-johari.html http://blog.limkitsiang.com/2011/01/25/zairil-khir-johari-why-i-joined-dap/ http://www.mykedah2.com/20hall_fame/202_9_05.htm http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2008/8/24/TERKINI/Mutakhir/Tunku_Abdul_Aziz_dilantik_sebagai_Naib_Pengerusi_DAP&sec=mstar_berita ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

