Sampah bertaburan dekat Felda Sri Sendayan
Utusan Malaysia 19 Apr 2011 - MENJIJIKKAN! itulah perkataan yang terpacul di 
mulut sesiapa sahaja yang melalui jalan raya di hadapan Felda Sri Sendayan, 
Seremban. Mana tidaknya, terdapat dua lokasi pembuangan sampah secara 
berleluasa di tepi jalan di Felda itu yang menghubungkan bandar Seremban dengan 
Port Dickson. Boleh dikatakan saban hari akan ada longgokan-longgokan sampah 
yang meloyakan bertaburan di kedua-dua lokasi ini. 

(Artikel masalah kekotoran di Negeri Sembilan sebelum ini : Tiada laut biru, 
cuma sampah di Port Dickson 
http://amkns.blogspot.com/2011/03/tiada-laut-biru-cuma-sampah-di-port.html , 
Jangan jadikan N.Sembilan Darul Sampah 
http://amkns.blogspot.com/2010/05/jangan-jadikan-nsembilan-darul-sampah.html )

Melalui pemerhatian penulis, kebanyakan sampah-sarap ini bukanlah sisa buangan 
industri, tetapi lebih merupakan sampah-sarap yang dibuang dari rumah.

Begitu juga, terdapat pihak gerai makanan atau penjaja bergerak yang tidak 
bertanggungjawab 'menumpang' membuang sisa-sisa perniagaan mereka seperti 
biji-biji kelapa, plastik bag hampas tebu, bekas-bekas polisterin, dan 
seumpamanya.

Sampah-sarap yang tidak terurus dengan baik ini bukan sekadar mengundang 
pencemaran mata, bahkan mengundang bau busuk dan meloyakan. Tambahan pula, ia 
menarik minat anjing liar mengerumun dan menyelerakkan lagi sampah-sarap yang 
bertimbun ini. Itu belum lagi dikira dengan jumlah lalat dan langau yang 
semakin berleluasa yang sememangnya akan mengundang penyakit berbahaya.

Jalan di Kampung Sendayan ini merupakan antara jalan utama tanpa tol yang 
sering digunakan oleh pelancong yang ingin bermandi-manda di Port Dickson. 
Andai mereka terlihat pemandangan yang tidak menarik seperti yang disajikan di 
jalan raya Kampung Sendayan ini, maka sudah tentulah ia sedikit sebanyak 
mewujudkan stigma seperti 'orang di sini pengotor', tidak bertanggungjawab dan 
sebagainya. 

KHAIRUNNEEZAM MOHD NOOR
Bandar Sri Sendayan, Seremban

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0419&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm
 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke