Dari Blog bekas calon PAS Parlimen Rembau, YB Dr Dzulkefly Ahmad

Sesungguhnya, matlamat Pakatan Rakyat untuk menafikan majoriti dua pertiga 
Barisan Nasional gagal pada malam 16 April 2011.  Namun demikian, seandainya 
ditelitikan keputusan PRN Sarawak, Pengerusi BN Najib Razak seharusnya berasa 
lebih tertekan dan panik, lebih-lebih lagi apabila statistik menunjukkan bahawa 
BN hanya memperolehi 55% undi popular.

Demikianlah komentar daripada AJK Pusat PAS, Dzulkefly Ahmad (gambar 
kiri)ketika dihubungi MerdekaReview untuk mengulas keputusan PRN Sarawak.  
Secara lebih terperinci, dua etnik besar, iaitu kaum Cina dan Iban memberi 
isyarat kepada BN bahawa mereka berpotensi untuk mencetuskan perubahan yang 
lebih besar dalam PRU yang akan datang, kata Dzulkefly Ahmad.

Ahli parlimen Kuala Selangor ini juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan 
tahniah kepada rakan partinya, DAP yang memenangi 12 daripada 15 kerusi yang 
dipertandingkan.  Sungguhpun sesetengah menganggap DAP bertanding di kawasan 
bandar, yang sudah menunjukkan kecenderungan untuk menyokong PR, namun 
Dzulkefly Ahmad menganggap jentera penerangan DAP cukup hebat - dengan banner, 
billboard, poster, aktiviti lawatan dan sebagainya yang cukup menarik.

Bagaimana pula "sentuhan PAS"?  Persoalan menyusul kemudian, diajukan kepada 
Dzulkefly Ahmad - mengapa PAS gagal "memanfaatkan" sentimen "Undur Taib" untuk 
memenangkan kerusi bagi partinya?

Beliau terpaksa menjawab dengan cukup berwaspada.  Malah sebelum ini apabila 
beliau menyatakan kekaguman diri terhadap komitmen pimpinan DAP, beliau juga 
berdepan dengan soalan sebaliknya, iaitu "sejauh mana pula komitmen pimpinan 
PAS"?

PAS gagal tampil sebagai sebahagian daripada PR

Dzulkefly terpaksa berdepan dengan kekalahan partinya.  "PAS dalam penampilan 
ketiga dalam PRN Sarawak mencari-cari sentuhannya.  Pada saya, ...gagal digarap 
dengan baik, sedikit sebanyak oleh PAS, atau dengan kata lain gagal menampilkan 
partinya sebagai sebahagian daripada Pakatan Rakyat dan agenda perubahan 
Pakatan Rakyat."

Ia berdasarkan pengalaman dirinya.  Seorang kawan adik iparnya yang bekerja di 
Sarawak, pro-pembangkang dalam pendirian politiknya berkata, beliau gagal 
mencari logo DAP atau PKR dalam kertas undi di kawasan PAS bertanding, maka 
beliau akhirnya memangkah dacing (Barisan Nasional).

Mesej di sebaliknya, "PAS gagal menampilkan dirinya sebagai parti yang sinonim 
dengan DAP dan PKR.  Itu bermaksud, PAS gagal memberi mesej yang jelas kepada 
pengundi bahawa sokongan terhadap PAS adalah bersamaan sokongan terhadap DAP 
mahupun PKR."

MerdekaReview dimaklumkan bahawa pemimpin DAP tidak diundang untuk berceramah 
di kawasan Muara Tuang dan Tanjung Datu.  Dzulkefly Ahmad kelihatan sukar untuk 
mempertahankan keadaan sebegitu, cuba membela partinya dengan berkata "tempoh 
kempen yang terlalu singkat".

Strategi berperang sering disesuaikan dengan keadaan yang sebenar.  Maka 
persoalannya, dengan tempoh kempen selama 10 hari, apakah mesej yang dibawa 
oleh PAS di Sarawak untuk mengolah sokongan rakyat?  Apakah pendekatan 
"berdakwah" sebagaimana yang dilakukan di Semenajung itu strategi yang tepat 
untuk menghadapi pertarungan 10 hari?

Dzulkefly terpaksa mengakui, "Mesejnya kurang jelas untuk menonjolkan PAS 
bersepakat dengan PKR dan DAP."  Jelas, beliau enggan secara terbuka mengkritik 
partinya dalam media, hanya memberi jawapan "mungkin lebih baik jika kami tumpu 
dengan agenda perubahan bersama Pakatan Rakyat, isu tumbangkan Taib 
Mahmud...yang lebih mudah untuk diterima masyarakat tempatan dalam masa yang 
singkat."

http://blog.drdzul.com/2011/04/19/prn-sarawak-najib-harus-panik-tapi-pas/ 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke