Macam-macam masalah di Port Dickson, kenapa ye? Hujan karbon belum berakhir Sinar Harian 19 April 2011
TAMAN PD UTAMA – Masalah hujan karbon yang dihadapi penduduk di Jalan Mawar, dekat sini masih belum menemui jalan penyelesaian. Sinar Harian difahamkan, masalah ini sudah beberapa kali dirujuk kepada pelbagai pihak berkenaan, namun ia tetap menemui jalan buntu. Laporan kepada pelbagai pihak media juga sudah dilakukan termasuk lawatan daripada pegawai dan pemimpin tempatan, keadaannya masih tetap sama seperti tiada apa perubahan. Seorang penduduk, Rabain Ibrahim, 65, yang sudah menetap di taman perumahan tersebut sejak 1990 lagi berkata, sudah menjadi rutin wajib setiap hari dia bersama isterinya membasuh halaman rumah yang dicemari dengan karbon. Menurutnya, tidak mengira waktu, jika kawasan bersimen di halaman rumahnya kotor dan hitam, dia akan mencucinya. “Jika hanya dibasuh dengan air, kotoran itu tidak akan hilang. Keadaan di dalam rumah juga begitu, akibatnya tapak kaki menjadi hitam, pakaian putih turut dicemari dan banyak lagi masalah yang berlaku” katanya. Manakala, suri rumah, Norain Abdullah, 33, turut meluahkan perkara yang sama. “Karbon akan banyak ketika waktu hujan dan dipercayai ia berpunca dari sebuah syarikat gergasi di sini yang sudah beroperasi sejak berpuluh tahun lalu. “Laporan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah dilakukan dan begitu juga pihak syarikat berkenaan, namun sehingga kini hanya lawatan demi lawatan sahaja yang berlaku tetapi masih tiada jalan penyelesaian,” katanya. Menurutnya, semua kawasan di rumah akan dibanjiri dengan habuk karbon ini dan menjadikan rumah hitam dan berminyak. “Kami khuatir jika habuk karbon ini masuk dalam makanan dan mengganggu kesihatan kami dalam jangka masa yang panjang. “Lebih-lebih lagi, anak perempuan saya yang berusia tujuh tahun menghidap asma,” katanya. Sementara, K Lathna, 39, pula berkata, tapak kakinya akan hitam dan berminyak. “Ia akan hilang jika dibasuh dan diberus dengan sabun. “Begitu juga dengan permukaan lantai, meja dan sebagainya.” katanya. Menurutnya, permasalahan yang wujud sejak dahulu lagi ini memang rumit untuk diselesaikan kerana pelepasan karbon itu adalah salah satu dari sistem dalam gerak kerja syarikat berkenaan. “Kami harap pihak berkenaan dapat mengamalkan sikap bertanggungjawab. “Sekurang-kurangnya dengan turun bertemu penduduk yang mengalami masalah secara berjadual dan memberikan pendedahan atau pendidikan kesihatan kepada penduduk yang terdedah dengan pencemaran karbon itu,” katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8995222.asp Penduduk dihujani carbon Sinar Harian 15 Nov 2010 TAMAN PD UTAMA – Sepanjang tempoh lima tahun menghuni rumah sewa di Jalan Mawar 18 Taman PD Utama, Abd Wahab Abd Hamid, 54, sekeluarga berhadapan masalah yang sehingga kini tidak menemui jalan penyelesaian serta bertambah buruk. Abd Hamid berkata, masalah dihadapi adalah terpaksa menghadapi hujan carbon pada bila-bila masa terutama hari hujan. Menurutnya, ditambah pada musim hujan sekarang ini, hujan carbon semakin kerap dan banyak. “Daripada apa yang diperhatikan hujan carbon ini berpunca daripada sebuah syarikat gergasi di sini yang sudah beroperasi sejak berpuluh tahun lalu. “Laporan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar (Jas) telah dilakukan begitu juga pihak syarikat berkenaan, namun sehingga kini saya sebagai pengadu tidak mendapat sebarang maklum balas daripada kedua-dua pihak,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di sini. Abd Wahab berkata, sebagai pengadu, dia berhak untuk tahu apa tindakan diambil pihak berkenaan, namun tiada maklum balas daripada Jas dan syarikat itu sehingga kini. “Sementara itu, semua kawasan di rumah termasuk di dalam akan dibanjiri dengan habuk carbon ini dan menjadi kawasan rumah kotor hitam serta berminyak. “Tapak kaki menjadi hitam berminyak dan hanya boleh hilang apabila dibasuh dengan sabun dan diberus. Begitu juga permukaan lantai, meja dan sebagainya perlu disental dengan berus dan menggunakan sabun. “Menjadi keraguan kepada kami habuk itu akan masuk ke dalam makanan dan kami memakannya. Khuatir mampu mengganggu kesihatan dalam jangka masa panjang dan sekarang isteri saya sudah disahkan menghidap asma sejak beberapa bulan lalu,” katanya ketika ditemui di sini. Abd Wahab berkata, dia tahu dalam menangani permasalahan itu rumit kerana pelepasan carbon adalah satu daripada sistem dalam gerak kerja syarikat terbabit. “Diharap pihak berkenaan mengamalkan sikap bertanggungjawab. Sekurang-kurangnya turun bertemu penduduk yang mengalami masalah dan memberikan pendedahan atau pendidikan kesihatan kepada penduduk yang terdedah dengan pencemaran carbon itu. “Apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan, pemakanan yang bagaimana dalam memastikan tahap kesihatan sentiasa berada di dalam keadaan baik dan tidak terjejas dengan carbon terbabit,” katanya. Abd Wahab berkata, selepas aduan dibuat wakil syarikat terbabit hanya datang mengambil contoh dan kemudian balik seterusnya senyap begitu sahaja. “Kami penduduk di sini tidak tahu mengenai langkah pencegahan, apa yang perlu dilakukan dan sebagainya. Ia belum ditambah dengan kos untuk membeli sabun untuk membersihkan kawasan rumah yang sentiasa dihujani carbon. “Jika saya biarkan sahaja, seluruh permukaan lantai, meja dan sebagainya akan hitam, kotor dan berminyak. Walaupun hari hujan, kesan carbon itu tidak akan hilang kecuali jika dicuci dengan sabun dan diberus,” katanya. Abd Wahab berkata, kebiasaannya carbon hanya akan dilepaskan oleh syarikat berkenaan pada waktu malam, awal pagi dan ketika hujan. “Kain atau baju putih yang dijemur akan bertukar menjadi tompok hitam akibat carbon yang melekat. “Hujan carbon ini bertambah teruk apabila berlaku tiupan angin dan keadaan ini memaksa dalam sehari dua atau tiga kali kawasan lantai perlu dicuci dan diberus. “Dalam masa lima tahun saya menetap di sini, hanya sekali sahaja pihak syarikat itu menyumbangkan sabun dan berus,” katanya. Abd Wahab berkata, dia berharap sesuatu yang drastik dapat dilakukan semua pihak bertanggungjawab bagi memastikan penduduk tidak terus hidup dalam serba tidak tahu dan hanya menadah hujan carbon sahaja http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8406202.asp ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

