Apabila menonton ceramah, tazkirah, khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Suhaib 
Webb dalam Youtube teringat nostalgia silam saya lewat tahun 80an ketika saya 
serta seorang rakan Afro Afrika masuk ke penjara negeri (state prison) di 
Amerika Syarikat. Tapi masuk penjara bukan atas kesalahan jenayah atau 
terorisma, hanya melawat sambil berdakwah mengunjungi saudara-saudara se Islam 
yang dipenjarakan di sebuah negeri di bahagian Mid West, iaitu di Iowa.

Rata-rata banduan-banduan Islam ini sentiasa mengharapkan kunjungan orang luar, 
lebih-lebih lagi saudara se Islam sebagai rakan berkongsi masalah dan berkongsi 
ilmu, lebih-lebih lagi ilmu Al Quran.

Kepada pelajar-pelajar yang menuntut di US tu, kalau ada masa melawat 
Disneyland, Grand Canyon, Niagara Fall, sekali sekala cubalah buat lawatan ke 
penjara di sana.

Saya amat tertarik sekali dengan penyampaian ceramah dan khutbah Jumaat oleh 
Suhaib Webb yang begitu praktikal, menyentuh kalbu dan begitu mudah difahami.

Walaupun ilmu Suhaib Webb amat tinggi , beliau amat merendah diri, apabila 
bercakap dengan orang kebanyakan macam kita ini, ilmu yang disampaikan begitu 
mudah difahami.

Beliau memberi banyak panduan dan contoh yang amat sesuai dipraktikkan oleh 
setiap individu, gerakan Islam, NGO Islam, Pertubuhan Islam dan Parti Politik 
Islam yang selaras dengan apa yang ditunjukkan oleh Rasul SAW.

Antaranya ialah cerita sahabatnya di Miami, yang pada pagi Jumaat akan membuat 
roti sandwic dan diagihkan kepada golongan gelandangan di sana. Selang beberapa 
minggu kemudian ramai gelandangan yang beratur sambil menjerit THE MOSLEM ARE 
COMING, THE MOSLEM ARE COMING, lalu ada yang bertanya How Do You Know The 
Moslem are Coming, orang gelandangan tadi berkata They Are Bringing The 
Sandwich. Mudah bukan, dakwah dengan Sandwic.

Dalam satu cerita lain , Suhaib memerhatikan sekumpulan orang Islam sedang 
berbincang dalam sebuah restoran mengenai teori konspirasi, iluminati, 
zionisma, logo Zionis pada matawang Amerika. Lalu ditegur oleh Suhaib, kamu 
makan lazat-lazat dalam restoran ini, tapi kamu perhatikan tak diluar tingkap 
restoran ini ada orang yang tidak berumah yang sedang kelaparan memerhatikan 
kamu?

Dalam satu ceramahnya yang lain mengenai bab Fitnah akhir zaman ialah golongan 
yang berilmu yang bermegah dengan ilmu yang ada padanya. Suhaib mengatakan 
salah seorang Tok Gurunya yang begitu merendah diri di Timur Tengah merupakan 
seorang Ulama yang berusia 99 tahun yang hafal begitu banyak hadith, hafaz 
Quran, sudah membaca begitu banyak kitab, tapi berpesan kepada anaknya, kalau 
pergi ke Amerika nanti carikan satu lagi tajuk buku yang dia ingin baca.

Kemudian dalam tragedi Tsunami di Acheh, Suhaib menceritakan selepas Tsunami 
ada jemaah di Acheh terpaksa berenang untuk solat subuh berjemaah di masjid. 
Takkan kita di US yang ada Lexus SUV tak boleh nak solat subuh berjemaah.

Di penghujung khutbah Jumaat , Suhaib akan berdoa mengenai isu semasa dan 
masyarakat. Antara doanya ialah semoga Allah merapatkan hubungan dan kemesraan 
suami isteri, kalau ada suami isteri yang nak bercerai, dia mohon kepada Allah 
agar tidak jadi bercerai. Dia berdoa lagi kalau ada anak-anak yang lari dari 
rumah, beliau berdoa agar anak-anak tadi kembalilah ke pangkuan ibu bapa 
mereka, dan banyak lagi doa yang menyentuh perasaan dan menitiskan air mata.

Bandingkan dengan kita di sini, khutbah Jumaat kita di sini, doa di hujung 
khutbah Jumaat kita di sini. 

Siapakah Suhaib Webb ini ? Saya ada tulis sedikit sebelum ini mengenai siapa 
Suhaib Webb di 
http://waghih.blogspot.com/2011/04/para-khatib-di-malaysia-patut-malu.html 

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke