Usaha kumpul 1,000 ibu bantah loji Lynas
19 Apr 2011 - Satu kumpulan Facebook merancang untuk menjemput 1,000 ibu 
berhimpun di pantai Teluk Cempedak di Kuantan semasa sambutan Hari Ibu, untuk 
membantah projek nadir bumi Lynas di zon industri Gebeng.

Acara itu dianjurkan oleh kumpulan Facebook 1M Rakyat Malaysia Tolak Projek 
Menara 100 tingkat, dari jam 6 petang hingga 9 malam 8 Mei.

Dalam satu kenyataan, kumpulan tersebut mendakwa loji nadir bumi akan 
mengakibatkan para ibu melahirkan bayi cacat.

“Bolehkah anda bayangkan penderitaannya bila cahayamata yang dinanti-nantikan 
oleh keluarga, dilahirkan terencat akal dan cacat anggota? 

"Bolehkah anda bayangkan penderitaan jika seorang ibu terpaksa membuat 
keputusan sama ada hendak menggugurkan kandungan atau tidak?

“Mari kita perlihatkan keazaman penduduk Kuantan dan rakyat Malaysia membantah 
loji nadir bumi Lynas,” tegas kumpulan itu.

Para peserta diminta menghadiri acara tersebut bersama anggota keluarga 
masing-masing dan membawa sekuntum bunga teluki (carnation).

Syarikat perlombongan Australia Lynas sedang membina loji Lamp di Gebeng, yang 
terletak 25km di timur laut Kuantan.

http://malaysiakini.com/news/161919 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke