Harakahdaily, 19 April 2011 : "Bagi jawatan Presiden sendiri, jika ada 
pencalonan yang diterima oleh pemimpin lain untuk menentang saya, saya sendiri 
amat mengalu-alukannya kerana saya pun bukan untuk menjadi pemimpin selamanya. 
Sebaliknya, saya sendiri pun dah semakin berumur dan memang memerlukan barisan 
pelapis," tegas beliau.

Jadi jika ada pencalonan terhadap seseorang pemimpin PAS untuk memegang 
sebarang jawatan dalam parti yang melibatkan pelbagai latar belakang dan 
pendidikan, katanya, ia sepatutnya disambut oleh para pemimpin, ahli-ahli dan 
penyokong-penyokong PAS dengan semangat perpaduan yang tinggi kerana di 
dalamnya pasti terkandung hikmah amat besar bagi PAS.   

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika mengingatkan perkara 
itu menegaskan, sebaliknya realiti sebenar di dalam PAS tidak timbul antara 
golongan ulama dan profesional kerana kesemua pemimpinnya berjuang atas 
landasan parti yang kukuh untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air.

Menurut beliau, walaupun di dalam PAS sememangnya terdapat kalangan 
profesional, mereka juga tetap berkemampuan dan berkelayakan menjadi pemimpin 
dalam parti seperti juga pemimpin-pemimpin lain yang berjuang atas dasar Islam, 
sekali gus pasti tidak akan lari dari matlamat perjuangan PAS itu sendiri.

Sehubungan itu, tegas beliau, PAS sememangnya mengalu-alukan pertandingan bagi 
sebarang jawatan dalam parti kerana ia bukan sekadar membuktikan keterbukaan 
parti dalam soal pemilihan pemimpin dan terhadap ahli-ahlinya, tetapi akan 
lebih memantapkan lagi parti berhubung kepimpinannya.

Alu-aluan itu bukan hanya tertakluk bagi jawatan parti di peringkat kepimpinan 
paling kecil di cawangan dan bahagian, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk 
peringkat tertinggi yang melibatkan jawatan Presiden, Timbalan dan Naib. 

http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2872:pemilihan-jangan-terikut-paluan-gendang-lawan-&catid=34:primary&Itemid=56
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke