Sebenarnya bukan untuk orang Negeri Sembilan sahaja, tapi untuk semua manusia.
Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, yang paling utama nikmat iman, kemudian
nikmat mulut, mata, rambut dan sebagainya, tak terkira nikmat yang ada. Kalau
nak cantik lagi, ada yang memerlukan bantuan, kita hulurkanlah, bukan hanya
untuk mereka, tetapi sebagai tanda syukur kita.
Kanser ragut bahagia
Harian Metro 21 April 2011
SEREMBAN: Seorang lelaki yang juga bapa kepada empat anak berusia antara tiga
dan 15 tahun berdepan kesukaran untuk meniti masa depannya kerana menghidap
kanser usus besar menyebabkannya tidak boleh bekerja untuk menyara keluarga.
Amir Ansah, 45, dari Taman Cempaka berkata, penyakitnya itu mula dikesan pada
awal tahun lalu selepas mengadu sakit di perut dan sebaik membuat pemeriksaan
di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) September lalu, doktor mengesahkan
penyakitnya itu berada pada tahap kritikal.
Dia yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori kontena di sebuah kilang di
Senawang berkata, beliau menjalani pembedahan perut November lalu dan doktor
memasukkan sejenis alat khas dikenali ‘Chemopot’ di dada bagi tujuan rawatan.
“Selepas pembedahan dan atas nasihat doktor, saya tidak boleh lagi membuat
kerja berat dan terpaksa mengambil cuti. Majikan saya hanya membayar gaji asas
RM400 sebulan sejak November lalu sehingga Jun ini dan selepas itu kedudukan
pekerjaan saya bergantung kepada laporan perubatan sama ada boleh meneruskan
kerja atau tidak.
“Bagaimanapun berdasarkan nasihat doktor, ada kemungkinan penyakit yang saya
hadapi ini sukar untuk dipulihkan,” katanya, semalam.
Menurut Amir, dia bingung memikirkan keadaan dirinya terutama keperluan
keluarga lebih-lebih lagi tiga anaknya yang masih bersekolah iaitu dua di
Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi dan seorang di Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Seri Pagi Senawang.
Isterinya, Saadiah Darun, 39, yang sebelum ini seorang suri rumah, kini bekerja
sejak dua bulan lalu bagi menampung keperluan keluarga dengan pendapatan
kira-kira RM300 sebulan.
Amir yang juga bekas anggota tentera tidak berpencen berkata, pendapatan
sekarang menyukarkannya untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga
apatah lagi memikirkan masa depan anak-anak.
“Saya sudah membuat permohonan bantuan dengan beberapa pihak, termasuk
Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang sudi menghulurkan
bantuan RM1,500 bagi membiayai kos rawatan,” katanya.
Amir berkata, dia perlu menjalani rawatan ulangan lima kali sebulan.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kanserragutbahagia/Article/index_html
------------------------------------
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/
Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke
[email protected]! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
[email protected]
[email protected]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[email protected]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/