Dari Blog Zairil Khir Johari
Kenyataan Balas Terhadap Dakwaan Dr Mahathir
19 April, 2011 

Saya berasa amat kesal dan kecewa dengan kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir yang 
mendakwa bahawa parti DAP telah berjaya membawa politik perkauman kepada 
Sarawak. Tuduhan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab dan tidak berasas 
sama sekali.

Sebaliknya, adalah sindiran-sindiran yang sebegitu rupa yang menjadi punca 
ketegangan antara kaum di Malaysia. Sebagai seorang bekas Perdana Menteri dan 
negarawan yang dihormati ramai, beliau sepatutnya lebih matang dan tidak 
mengapi-apikan tohmahan yang boleh memecah belahkan rakyat.

Sebagai seorang yang telah terlibat secara terperinci dalam proses perancangan, 
perangkaan strategi dan pelaksanaan kempen DAP untuk Pilihanraya Negeri Sarawak 
baru-baru ini, saya boleh mengesahkan dengan tegasnya bahawa tiada sedikit pun 
unsur perkauman yang cuba dibangkitkan oleh parti kami.

Sepanjang kempen, isu-isu yang telah kami tekankan adalah seperti masalah 
pentadbiran, penyalahgunaan kuasa, rasuah yang berleluasa, polisi ekonomi yang 
tidak memanfaatkan rakyat, inflasi yang kian melambung dan kegagalan kerajaan 
untuk mengatasi masalah-masalah di atas.

Mungkin dalam pendapat Tun Dr Mahathir, hanya masyarakat Cina sahaja yang 
mengambil berat tentang isu-isu sedemikian? Bukankah itu satu penghinaan kepada 
rakyat Sarawak dan rakyat Malaysia secara umumnya?

Sebaliknya, pihak yang telah cuba menakut-nakutkan pengundi dengan isu-isu 
perkauman adalah parti-parti daripada BN seperti SUPP, PBB dan MCA.

Kenyataan penuh beliau di 
http://zairil.wordpress.com/2011/04/19/kenyataan-balas-terhadap-dakwaan-dr-mahathir/
 

Sudi-sudikan baca artikel berikut : Lebih ramai orang Melayu akan sertai DAP 
selepas Pilihanraya Negeri Sarawak di 
http://amkns.blogspot.com/2011/04/lebih-ramai-orang-melayu-akan-sertai.html 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke