Ingat lagi kisah seorang wanita tua yang sering menyakiti Rasulullah SAW? Nabi 
SAW sentiasa bersabar. Akhirnya apabila wanita tua itu sakit, Nabi SAW 
menziarahi dan merawati wanita tua tadi, terbukalah pintu hidayah, lalu wanita 
tua tadi memeluk Islam.

Kisah yang seakan sama berlaku pada masa kini di Amerika Syarikat. Diceritakan 
oleh Suhaib Webb antara beberapa siri ceramah beliau di Youtube.

Suhaib menceritakan seorang Islam dari Sudan menetap di kediaman yang banyak 
kes jenayah iaitu di Bronx, New York. Jiran warga Sudan tadi ialah seorang 
wanita tua Yahudi.

Warga Sudan dan isterinya sering menyapa dan memberi makanan kepada jiran 
Yahudi tadi. Tapi wanita Yahudi tadi mencampakkan segala pemberian dan sering 
memarahi mereka. Tapi keluarga warga Sudan tadi terus menyantuni jirannya, 
kerana ini adalah tuntutan Islam dalam hak berjiran.

Pada satu hari wanita Yahudi tadi dirompak, warga Sudan tadi nampak dan 
menyelamatkan wanita tersebut. Akibat kecederaan wanita tadi terlantar di 
hospital. Di hospital tiada siapa yang menziarahi, hanya warga Sudan tadi. 
Namun wanita tadi masih memarahi warga Sudan tadi.

Apabila sihat, wanita tua tadi kembali ke rumah. Warga Sudan tadi masih berbuat 
baik kepada jirannya walaupun wanita tadi tidak menyukainya.

Akhirnya wanita tua tadi jatuh sakit. Sekali lagi dia terlantar di hospital. 
Dan sekali lagi tiada sesiapa yang menziarahi warga tua tadi hanya warga Sudan 
tadi dan isterinya. Lalu wanita tua tadi bertanyalah kepada warga Sudan tadi 
mengenai Islam, lalu diterangkanlah mengenai Islam, terbukalah pintu hidayah, 
lalu wanita tua tadi memeluk Islam.

Tiga hari selepas memeluk Islam, wanita tua tadi menemui ajal, menghadap Allah 
SWT.

Apabila dibacakan wasiat, wanita tua Yahudi tadi telah menyerahkan semua 
hartanya kepada warga Sudan tadi.

Moral of the story :

Hidayah hanya Allah yang beri kepada sesiapa yang dikehendakki. Kita cuma boleh 
ketuk pintu hidayah.

Kalau wanita tua Yahudi, yang memaki hamun kita, Islam suruh kita berbuat baik, 
apa lagi ibu kandung kita sendiri yang beragama Islam, yang sudah tua, yang 
sentiasa berleter. 

Sejarah itu sentiasa berulang.

Siapakah Suhaib Webb ini ? Saya ada tulis sedikit sebelum ini mengenai siapa 
Suhaib Webb di 
http://waghih.blogspot.com/2011/04/para-khatib-di-malaysia-patut-malu.html  

Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, 
najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. 
Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu 
sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. 
Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di 
tangan baginda.
http://kisahteladan.info/rasulullah/sifat-kasih-sayang 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke