April 26, 2011. Kekecohan itu berlaku gara-gara tindakan Adun BN-Sungai Lui 
Datuk Zainal Abidin Ahmad mengeluarkan perkataan "p*****". Sidang Dewan 
Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan ke 12 hari ini menjadi kecoh dan berlaku 
insiden bertikam lidah apabila seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari 
Barisan Nasional (BN) mencarut.

Kekecohan itu gara-gara tindakan Adun BN-Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad 
mengeluarkan perkataan “p*****” ketika sesi perbahasan titah Yang Dipertuan 
Besar Negeri Sembilan awal pagi tadi.

Semuanya bermula apabila Teo Kok Seong (DAP-Bahau) berkata kerajaan Pakatan 
Rakyat menang di beberapa negeri seperti Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan 
Kelantan namun hanya di Perak ia dirampas oleh “lanun-lanun”.

Komen Teo kemudian mendapat reaksi berbeza daripada Zainal Abidin yang bangun 
dan mengeluarkan perkataan mencarut dan menghina itu. Gara-gara tindakan Zainal 
Abidin itu, sidang Dun mula kecoh selama tujuh minit.

Wakil rakyat Pakatan M Ravi (PKR-Port Dickson) membantah perkataan mencarut itu 
dan mahu ia ditarik balik memandangkan tindakan tersebut memberi penghinaan 
kepada kaum India.

Ini diikuti Cha Kee Chin (DAP-Bukit Kepayang) yang mahu Speaker Dewan Datuk 
Razak Mansor mengeluarkan arahan agar Zainal Abidin diperintah keluar dewan.

Menurut Cha, tindakan Zainal Abidin itu bukan kali pertama kerana beliau pernah 
mengeluarkan kata-kata kesat pada sidang Dun yang lalu.

Namun Razak berkata beliau tidak mendengar perkataan itu dikeluarkan oleh 
Zainal Abidin manakala Datuk Yunus Rahmat (BN- Klawang) kemudian mendakwa Teo 
adalah punca kekecohan itu berlaku.

Teo membalas bahawa dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka lanun membawa maksud 
“merampas”.

Oleh Zefry Dahalan

Sumber : 
http://www.freemalaysiatoday.com/2011/04/26/adun-bn-mencarut-dalam-sidang-dun-negeri-sembilan/
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke