Ini satu berita yang harus menggusarkan kita semua. Dilaporkan sebuah sekolah 
Islam di Kuala Lumpur telah disyakki ditembak oleh seseorang yang tidak dikenal 
pasti. Jika melihatkan kesan tembakan dari gambar , kemungkinan lebih kurang 10 
das tembakan telah dilepaskan. Sebelum ini KL dan Seremban pada bulan Mac 2011 
digemparkan dengan serangan asid dimana 16 orang tidak bersalah menjadi mangsa.

Adakah tembakan ini dari senapang biasa menggunakan silencer atau senapang 
angin, atau mungkin budak-budak nakal lastik dengan batu? Tengok sendiri 
gambarnya di 
http://amkns.blogspot.com/2011/04/adakah-sniper-tembak-sekolah-islam-di.html 

Adakah kejadian tembakan di sekolah ini, merupakan satu lagi ancaman baru 
terhadap rakyat Malaysia serta menguji kecekapan anggota keselamatan kita?

Cerita serangan asid di KL dan Seremban sebelum ini di 
http://amkns.blogspot.com/2011/04/polis-minta-orang-ramai-tangkap.html 

Teori kemungkinan pihak luar menggunakan sniper atau penembak curi untuk 
menimbulkan kekecohan di Timur Tengah, Syria, Mesir dan Libya di 
http://aangirfan.blogspot.com/2011/04/cia-and-saudi-snipers-in-syria.html 


SEKOLAH ‘DITEMBAK’
Harian Metro 27 April 2011 

AMPANG: Pelajar Sekolah Kebangsaan Agama Islam Adni, Taman Seri Ukay, di sini, 
gempar selepas beberapa peluru ditemui selain terdapat kesan tembakan di cermin 
tingkap bangunan tingkat tiga itu, semalam.

Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata tembakan 
dipercayai dilakukan individu tidak dikenali lebih 50 meter dari sebuah 
kondominium di belakang sekolah berkenaan.

Katanya, kejadian itu masih dalam siasatan bagi mengenal pasti peluru digunakan.

“Kami sudah menghantar anggota forensik bagi menjalankan siasatan yang akan 
mengenal pasti jenis peluru digunakan dalam tembakan itu,” katanya di sini, 
semalam.

Kejadian itu diketahui selepas seorang guru membuat laporan di Balai Polis Ulu 
Klang kira-kira jam 10.30 pagi, semalam selepas melihat cermin tingkap di 
sekolah itu berkecai akibat kesan tembakan.

Beliau berkata, kira-kira 15 minit kemudian, pihaknya menghantar pasukan 
forensik untuk menyiasat punca kejadian itu.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39, Akta Senjata Api 1960,” katanya yang 
meminta orang ramai membantu siasatan jika mengetahui kejadian itu.

Sementara itu, seorang pekerja sekolah berkenaan yang enggan dikenali 
memberitahu tembakan berkenaan mungkin berlaku malam kelmarin atau Ahad lalu 
hingga tidak disedari penghuni sekolah.

Katanya, perkara itu tidak dihebohkan menyebabkan suasana di sekolah itu masih 
tenang dan pembelajaran berjalan seperti biasa.

“Seorang guru menyedari perkara itu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut 
kerana bimbang dengan keselamatan pelajar,” katanya yang ditemui di sekolah 
berkenaan, semalam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sekolah__8216_ditembak__8217_/Article/index_html
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke