Sinar Harian 28 April 2011
SEREMBAN - Seorang suri rumah merayu bantuan orang ramai untuk meringankan
beban kos perubatan anak lelaki keduanya yang menghidap penyakit jantung
berlubang.
Roznie Akma Mohd Rozi, 24, berkata, penyakit itu ditanggung anaknya, Mohd
Danish Arfan Sufi, 2, sejak dia dilahirkan.
“Saya perlu membawa Mohd Danish Arfan untuk pemeriksaan di Institut Jantung
Negara (IJN) setiap tiga bulan sekali.
“Disebabkan suami, Sufi Omar, 27, tidak mempunyai kereta, saya terpaksa menyewa
teksi ke sana,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Rumah Pangsa Kos
Rendah Nilai Perdana, Nilai, dekat sini, semalam.
Selain itu menurutnya, dia perlu mengeluarkan wang untuk membeli ubat Mohd
Danish Arfan yang turut mengidap lelah, lebih-lebih lagi jika cuaca terlalu
panas atau sejuk.
“Anak lelaki sulung, Mohd Shafik Arfat,5, turut menghidap penyakit lelah.
“Doktor kata anak kedua saya mempunyai peluang sembuh sekiranya dia menjalani
pembedahan dengan anggaran kos RM40,000,” katanya.
Roznie Akma berkata, walaupun Mohd Danish Arfan hanya boleh dibedah selepas
mencapai umur 4 tahun, namun mereka perlu mengumpul wang mulai sekarang.
Menurutnya, pendapatan suami sebagai pengawal keselamatan dengan gaji sekitar
RM750 sebulan dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor sebanyak
RM200 sebulan kadangkala tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan mereka
sekeluarga.
“Sebahagian besar pendapatan bulanan digunakan untuk membayar sewa rumah
sebanyak RM250 dan ansuran motosikal dengan jumlah sama.
“Soal makanan pula kami tidak boleh memilih. Jika tiada lauk, cukup sekadar
makan bubur nasi sahaja,” katanya.
Menurutnya, anak pula jarang dapat minum susu tepung dan biasanya dia hanya
beri mereka minum air bancuhan susu pekat.
“Saya pernah bekerja sebagai pembantu jualan di kedai menjual kain sekitar
Nilai 3 tetapi terpaksa berhenti untuk menjaga anak.
“Kami amat berharap ada pihak yang sudi tampil membantu sekurang-kurangnya
untuk kurangkan beban membiayai kos perubatan Mohd Danish Arfan,” katanya.
Sumbangan boleh dihulurkan secara terus kepada Roznie Akma menerusi akaun Bank
Simpanan Nasional 11116-29-00002457-9 atau menghubunginya menerusi talian
010-527 7802 untuk maklumat lanjut.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9023298.asp
------------------------------------
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/
Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke
[email protected]! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
[email protected]
[email protected]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[email protected]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/