Bangkit desak SPRM bebas letak bawah Parlimen 

Kenyataan Media oleh Chegubard, Pengerusi SAMM

Ingat, pada 15 Julai 2009, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menahan 
untuk tujuan soal siasat Teoh Beng Hock sebagai seorang saksi. Pada keesokan 
paginya Teoh Beng Hock dijumpai mati di bawah bangunan bersebelahan pejabat 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Selangor. Sehingga hari ini tidak satu penjelasan 
yang konkrit dapat diberi untuk menjawab bagaimana mayat Teoh Beng Hock yang di 
bawah pengawasan SPRM dijumpai mati. Sehingga hari ini tidak ada satu pihak pun 
yang diheret untuk bertanggungjawab atas kematian itu.

Beberapa hari lalu kita dikejutkan lagi dengan kematian Ahmad Sarbani Mohamed, 
Timb. Pengarah Kastam yang disiasat atas tuduhan rasuah mati dengan aksi yang 
sama dengan Teoh Beng Hock. Beliau dijumpai mati akibat saya serupa – jatuh 
dari bangunan SPRM Kuala Lumpur. Kononya beliau datang ke Pejabat SPRM tetapi 
didapati mati pada hari yang sama akibat dikatakan jatuh dari bangunan.

Solidariti Anak Muda Malaysia, memandang serius kejadian dua kejadian kematian 
terjun/ terjatuh dari bangunan mereka yang dipanggil untuk soal siasat di 
Pejabat SPRM. Mereka yang mati ini adalah di bawah tanggungjawab SPRM, berada 
dalam bangunan SPRM dan akhirnya mati di luar bangunan akibat terjatuh atau 
terjun atau dibuang dari Bangunan SPRM.

Solidariti Anak Muda Malaysia, selama ini telah mempersoalkan kredibiliti dan 
integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, cara pengendalian soal siasat 
dan langkah yang diperuntukkan kepada saksi yang dipanggil SPRM untuk disoal 
siasat. SPRM juga dilihat sebagai alat pekakas regim Bn untuk pendakwaan 
terpilih bukan sahaja menyerang mereka dari parti lawan tapi turut diperguna 
untuk menyekat pesaing politik dalam Bn sendiri.

Solidariti Anak Muda Malaysia kesal dengan apa yang berlaku dan setakat ini 
SPRM gagal mengambil tanggung jawab terhadap kejadian yang berlaku. Kami juga 
mempersoalkan cara dan teknik soal siasat yang dikatakan tidak 
berperikemanusiaan, ganas dan bertindak seolah-olah mendera mereka yang disoal 
siasat. Ada beberapa kes juga melibatkan SPRM dikatakan bertindak melampau 
dalam menyoal siasat saksi khususnya untuk mendapatkan jawapan yang selari 
dengan apa yang mereka mahu.

Kita amat kesal dengan SPRM yang menidakkan hak – hak mereka yang disoal siasat 
dalam kes-kes yang melibatkan jenayah. SPRM hari ini juga banyak berdepan 
dengan isu keganasan yang melibatkan pasukan soal siasat mereka. Tindakan ganas 
dan tidak berperikemanusiaan ini juga telah dilaporkan dalam kes yang 
melibatkan Bekas Kepimpinan UMNO sendiri, yang mana saksi kes ini Halimi 
Kamaruzzaman dan beberapa saksi lain dalam kes Datuk Norza Zakaria telah 
memaklumkan bahawa mereka dikasari dan dipaksa mengeluarkan kenyataan yang 
sealiran dengan kehendak SPRM.

Kami mendesak agar SPRM ini disiasat secara terperinci kerana kami percaya 
integriti SPRM tercemar dengan tindakan berpilih-pilih, digunakan untuk 
kepentingan politik individu dan berlaku kejam terhadap mereka yang disoal 
siasat.

Solidariti Anak Muda Malaysia gusar bahawa Institusi ini yang kononnya mahu 
mencegah rasuah hari ini bebas melakukan perbuatan jenayah yang melibatkan 
saksi – saksi yang dipanggil. 

Kami memandang berat dan mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ini terus 
diletakan di bawah bidang kuasa parlimen untuk mengelakkan mereka dipergunakan, 
di peralatan dan terlibat dalam politik negara yang menyebabkan mereka tidak 
nampak adil dan saksama dalam menjalankan tanggungjawab.

Kami percaya banyak isu yang melibatkan kakitangan penyiasatan mereka yang 
melakukan kecurangan, merobek hak asasi kemanusiaan dan di pergunakan oleh 
kepimpinan tertentu. Kami memandang berat salah satu Suruhan jaya penting dalam 
negara ini bertindak menyimpang dari matlamat yang mahu dicapai. Kami membantah 
sekeras-kerasnya jenayah mereka yang beruniform berleluasa dengan tindakan – 
tindakan yang terpilih-pilih dan juga mengamalkan rasuah itu sendiri.

Hari ini Suruhanjaya Pencerahan Rasuah Malaysia menjadi bahan ejek baik dalam 
dan luar negara sebagai satu badan yang tidak lagi punyai kredibiliti dan 
integriti seperti mana yang diharapkan. 

Nampaknya ini menguatkan alasan untuk menyakini tindakan pengkebumian olok-olok 
SPRM yang kami lakukan pada 25 Feb.lalu satu tindakan yang betul. Klik 
(http://chegubard.blogspot.com/2009/02/kenyataan-media-penuh-ssamm-sprm-mati.html
 ) SPRM hanya akan kekal sebagai bangkai bernyawa menghabiskan wang rakyat 
dengan terus menjadi alat Bn.

Akhir sekali SAMM merakamkan takziah kepada keluarga mangsa arwah Ahmad Sarbani 
Mohamed. InsyaAllah kematian Ahmad Sarbani tidak akan menjadi sia-sia, ia 
seharusnya membuka mata rakyat untuk bangkit. Ahmad Sarbani ialah mangsa 
kerakusan hasil sistem yang korup.

che'GuBard
Pengerusi 
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
http://chegubard.blogspot.com/2011/04/keadilan-untuk-sarbani-jangan-sia.html



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke