Terharu dengan keprihatinan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra 
Jamalullail yang bimbang masjid yang tidak diimarahkan adalah seperti tanah 
perkuburan. Tuanku sudah menyatakan kegusaran baginda;  imam, nazir, pegawai 
masjid, pegawai agama yang dibayar elaun untuk mengimarahkan masjid ini 
sediakanlah jawapan apabila ditanya soalan yang sama dalam kubur dan di akhirat 
nanti. Kita makmum ni, tak dibayar elaun untuk imarahkan masjid.
        
Artikel saya sebelum ini, Masjid-masjid dan surau-surau yang mati di N.Sembilan 
di 
http://waghih.blogspot.com/2011/04/masjid-masjid-dan-surau-surau-yang-mati.html 

Jangan jadi masjid tanah kubur
Mingguan Malaysia 1 Mei 2011 (Hari Pekerja)

KANGAR 30 April - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail 
mahu imam dan pegawai masjid lebih kreatif dalam menganjurkan kegiatan untuk 
masyarakat agar bangunan masjid tidak sepi seperti tanah perkuburan.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat 
Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, jika gagal diimarahkan dengan baik, 
masjid akan menjadi umpama sebuah tanah perkuburan.

Baginda bertitah, solat berjemaah perlu diperkasa di setiap masjid manakala 
kegiatan kemasyarakatan perlu diadakan lebih kerap dan imam pula perlu memikul 
amanah yang diberikan MAIPs bagi mengimarahkan masjid serta menjalankan tugas 
dengan sempurna, terutama dalam membentuk penyatuan umat.

"Keingkaran terhadap arahan MAIPs sudah pasti bermaksud keingkaran terhadap 
hukum syarak yang bertepatan dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah," titah 
baginda ketika merasmikan Konvensyen Pengimarahan Masjid Negeri Perlis dan 
mesyuarat agung Jamaiyah Pegawai-Pegawai Masjid Negeri Perlis 2011 di sini hari 
ini.

Baginda turut menasihati imam agar membelanjakan wang tabungan masjid untuk 
kegiatan pengimarahan.

"Masyarakat Islam tidak pernah kedekut untuk membantu masjid, dan menjadi 
tanggungjawab jawatankuasa masjid menghidupkan kegiatan di masjid 
masing-masing," titah baginda. - BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0501&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_03.htm
   



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke