Ketika Presiden Umno mengadakan lawatan makan nasi dagang di Pekan Batu 6, 
Kuala Terengganu serta mengajak orang PAS menyertai BN atau meninggalkan 
Pakatan Rakyat kerana pemimpin DAP ni tak membela Islam, ADUN DAP di Seremban 
membongkar masalah orang Melayu yang tidak ada rumah, menjadi mangsa perumahan 
terbengkalai.

Begitu banyak projek perumahan terbengkalai di seluruh Malaysia yang dilaporkan 
di Blog mangsa-mangsa perumahan terbengkalai yang merupakan rakyat Malaysia di 
http://terbengkalai.blogspot.com

Sejak bila orang Melayu yang undi DAP , minta pemimpin DAP jadi imam atau baca 
khutbah Jumaat? Orang Melayu undi DAP sebab dah fed up dengan perangai pemimpin 
Umno yang tak mahu berubah, pandang orang susah, orang teraniaya, mangsa 
perumahan terbengkalai, sebelah mata.

Kepada pemimpin Umno , khususnya Najib, kenapa tak ajak anak Allahyarham Tan 
Sri Khir Johari sertai Umno atau tinggalkan DAP? Mari anak muda kita sertai DAP 
untuk ajar pemimpin Umno seperti pautan berikut 
http://amkns.blogspot.com/2011/04/lebih-ramai-orang-melayu-akan-sertai.html 

RUMAH HANYA TINGGAL IMPIAN 
Sinar Harian 1 Mei 2011 

Temiang, Seremban - Impian lebih 60 pembeli untuk tinggal di kediaman sendiri 
di Taman Bukit Zamrud, dekat sini hanya tinggal angan-angan apabila pembinaan 
rumah mereka terbengkalai sejak lebih lima tahun lalu. 

Rumah teres yang mereka beli pada 2004 itu kini masih belum siap dan belum ada 
tanda akan disiapkan pemaju sepenuhnya. 

Seorang pembeli, Kamarullah Hawari, 46, berkata, seramai 67 pembeli rumah 
berkenaan hanya mampu ‘gigit jari’ apabila pemaju gagal menyiapkan projek 
peruma-han berkenaan. 

Dia dan keluarga yang berharap untuk menduduki rumah berkenaan selepas bersara 
nanti hanya mampu berharap masalah tersebut dapat diselesaikan dalam masa 
terdekat. 

Menurutnya, sehingga kini, mereka bukan saja terbeban untuk membayar ansuran 
rumah berkenaan, malah terpaksa mengeluarkan wang untuk menyewa rumah. 

“Dalam perjanjian jual beli oleh pemaju sebelum ini, projek berkenaan dikatakan 
dapat siap dalam tempoh 24 bulan. 

“Tetapi sampai hari ini kami masih tidak boleh mendiami rumah berkenaan, namun 
tetap membayar ansuran rumah sehingga kini,” katanya. 

Menurutnya, rumah berkenaan dibeli sekitar RM87,000 seunit. 

Seorang lagi pembeli, Mohd Affendy Abd Wahid, 34, berkata, dia kesal kerana 
projek peruma-han yang sudah siap 65 peratus itu dihentikan secara tiba-tiba. 

“Saya benar-benar kecewa. Sampai bila kami harus sabar menunggu ? Saya masih 
lagi menyewa rumah. 

“Hasil pertemuan dengan pihak pemaju awal tahun ini pun tidak membawa apa-apa 
jalan penyelesaian,” katanya. 

Sehubungan dengan itu, katanya, pembeli di situ sudah sepakat mengambil 
tindakan undang-undang kepada pemaju bagi menuntut semula wang pinjaman yang 
sudah dibayar pembeli dalam masa terdekat. 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN – DAP) Temiang, Ng Chin Tsai 
yang turut mendengar keluhan pembeli projek perumahan tersebut berjanji akan 
cuba membantu dengan melantik peguam bagi mengadili masalah dihadapi. 

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9035720.asp 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke