SEMUT
=====

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah 
Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman 
merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di 
tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin 
ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan 
ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki 
untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau 
makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam 
sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum 
sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan 
dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam 
bekas dan tutup bekas itu.

Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu 
bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya 
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: 
"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji 
gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas 
batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum 
sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada 
Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.

Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung 
pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah 
sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!


MANUSIA
======= 

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur 
orang mati.

Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil.

Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu.

Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk 
tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan 
Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek 
balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir.

Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, 
kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana 
mayat di dalamnya masih berhadap kiblat.

Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya 
rezeki itu di tangan Allah.

98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, 
biasanya, iman dia akan beralih.

Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: "ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU 
MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, 
HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

Soalan: Bagaimana IMAN kita?


p.s: Jika anda sedang merancang untuk membangun Sistem baru, atau menaik-taraf 
Sistem sedia ada, berikan saya peluang untuk tolong anda.

Servis yang saya sediakan...

1. Menambah-baik Sistem lama
2. Membaik-pulih Sistem sedia ada
3. Membangun Sistem baru
4. Membantu projek pelajar

Lihat profail saya: http://www.21stcenturymuslim.com/RaffiqEddyFreelancer.pdf
facebook.com/reffsp


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke