Entahlah, apa nak jadi dengan umat Islam di Malaysia ini. 1 dari setiap 5 orang 
di Malaysia ini berpotensi gila atau sakit mental. Jika jumlah penduduk 27 juta 
orang, 5.4 juta orang ada potensi gila atau sakit mental. Rakyat sekarang hidup 
dalam keadaan tertekan, stress yang amat sangat, media menggila ulas isu 
politik dan video lucah. Usaha dakwah secara sukarela terlalu sedikit, khutbah 
Jumaat lesu dan mengantukkan. 

Artikel saya yang berkaitan isu di atas sebelum ini :
Ubahlah konsep Khutbah Jumaat wahai JAKIM dan Majlis Agama Negeri 
http://waghih.blogspot.com/2011/03/khutbah-jumaat-orang-gila-di-malaysia.html 

Malaysia Memerlukan Lebih Banyak Hospital Pesakit Mental dan Doktor Pakar 
Psikiatri di 
http://waghih.blogspot.com/2010/11/negara-amat-perlukan-lebih-banyak.html 

BINGKAS BANGUN GANTUNG DIRI
Harian Metro 4 Mei 2011

KULIM: “Sejurus masuk ke rumah, saya nampak suami menggantung diri dengan kain 
di ruang tamu sebelum saya berlari membuka lilitan di lehernya. 

“Suami jatuh ke riba saya, namun dalam keadaan lemah. Bagaimanapun, dia bangun 
semula dan mengambil kain cadar serta melilitkan di lehernya sebelum melompat 
dari kerusi menyebabkan dia meninggal dunia,” kata seorang isteri yang 
menyaksikan tindakan nekad suaminya menggantung diri di rumah mereka di Kampung 
Padang Janggus, di sini, pagi kelmarin. 

Ketika kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, wanita yang tidak mahu dikenali 
itu berada di luar rumah, manakala anak-anaknya sudah ke sekolah. 

Wanita berusia 20-an itu berkata, dalam cubaan kali pertama, dia berjaya 
menyelamatkan suaminya, malah memintanya mengucap dua kalimah syahadah, namun 
apabila suaminya bangun semula dan mengambil kain cadar sebelum melompat dari 
atas kerusi, dia tidak mampu menghalang. 

“Kejadian berlaku pantas malah saya sendiri terkejut dengan tindakan suami yang 
sanggup berbuat sedemikian,” katanya. 

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bingkasbangungantungdiri/Article/index_html
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke