Mana resolusi ringankan beban guru?
Berita Harian 4 Mei 2011 - APABILA memperkatakan mengenai isu beban kerja 
berlebihan yang dihadapi guru sekolah boleh diibaratkan seperti air pasang. Ada 
naik dan ada surutnya. Isu ini akan timbul sekejap dan bermacam perdebatan akan 
dapat kita baca dan ikuti, baik di dada akhbar atau sumber media massa yang 
lain. 

Kemudian secara perlahan-lahan ia akan senyap dan lenyap kembali. 

Guru pun mungkin sudah tidak berminat lagi untuk menyuarakan perasaan mereka 
berkaitan hal ini malah, terpaksa menerima hakikat bahawa tiada apa yang akan 
berubah dalam isu ini. 

Justeru, apakah hasil daripada jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian 
Pelajaran untuk mengkaji beban kerja guru yang dikatakan kian bertambah ini?

Sudah hampir setahun jawatankuasa ini ditubuhkan, tetapi apakah hasil serta 
tindakan susulan daripada kajian itu. Apa yang nyata, guru terus dibebankan 
waktu mengajar yang terlampau banyak dan ditambah pula terpaksa memikul tugas 
yang di luar bidang hakiki mereka. 

Ada guru dipertanggungjawabkan ini untuk mengajar sehingga 28 waktu seminggu. 
Itupun selepas terpaksa berjumpa dan merayu dengan pihak pentadbir sekolah 
untuk mengurangkan waktu mengajar yang pada asalnya ditetapkan sebanyak 31 
waktu mengajar. 

Itu belum lagi ditambah dengan tugas lain seperti guru disiplin, guru kelab dan 
persatuan serta bermacam lagi tugas ‘perkeranian’ yang terpaksa dihadapi. Jadi 
apa bezanya keadaan sebelum dan selepas jawatan kuasa itu ditubuhkan? 

Walaupun ada pembantu guru yang dihantar untuk membantu dan meringankan beban 
kerja guru, tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Pembantu guru ini 
diambil kesempatan pula oleh pihak pentadbir sekolah untuk meringankan kerja 
mereka sendiri. 

Akhirnya bukan guru yang mendapat manfaat daripada kehadiran pembantu guru ini, 
tetapi yang untungnya adalah pihak pentadbir sekolah. 

Saya berharap agar kerajaan dan Kementerian Pelajaran bersikap lebih telus dan 
serius untuk menyelesaikan masalah beban kerja guru ini. BUKANNYA SEKADAR DUDUK 
DI PEJABAT, MENERIMA LAPORAN DARIPADA PEGAWAI MEREKA DAN KEMUDIANNYA MEMBUAT 
DASAR YANG TIDAK BERSANDARKAN REALITI SEBENAR MASALAH PERGURUAN DI NEGARA INI. 

MIENAMI,
Puchong, Selangor.  

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Manaresolusiringankanbebanguru_/Article
 

Kerja hari Sabtu punca guru marah - NUTP
Kosmo 1 Mei 2011 

KUALA LUMPUR - Sikap segelintir guru besar yang suka mengarahkan guru sekolah 
datang bekerja pada setiap hari Sabtu antara aduan yang banyak diterima 
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Presidennya, Hashim Adnan berkata, arahan sedemikian menyebabkan guru merasakan 
diri mereka dibebani dengan pelbagai aktiviti sehingga mengorbankan waktu 
dengan ahli keluarga.

"Walaupun kerajaan sudah memberi dua hari Sabtu dalam sebulan sebagai cuti, ada 
sesetengah guru besar masih memberi arahan bahawa guru-guru perlu hadir ke 
sekolah pada hari berkenaan.

"Macam-macam aktiviti hendak dibuat ketika hari cuti itu, mesyuarat, latihan 
dan kadangkala tiada apa-apa pun kena suruh datang sekolah. Itu antara yang 
buat mereka (guru) marah-marah," katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

Menurut Hashim, aduan sedemikian diterima NUTP ketika pihaknya mengadakan 
mesyuarat selain menerima surat daripada guru-guru di seluruh negara.

Menurutnya, ada juga aduan mengatakan sesetengah guru besar membuat ugutan 
kepada guru yang tidak hadir pada hari Sabtu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0501&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
  

Ramai guru sakit jiwa
Kosmo

Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan 
mental.

BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga 
terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi 
buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan 
rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari 
sukan. 

Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami 
tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti 
bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan. 

Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 
peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana 
beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu 
bapa dan juga pelajar. 

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke