INI HANYA BERLAKU DI MALAYSIA, Seperti Kera Mendapat Bunga, Mahal Rantai Dari Beruk. May 6, 2011. "Pelajar guna E-Book hanya nak tengok internet saja," kata seorang felo kanan UKM. Guru-guru di Terengganu masih menggunakan papan hitam ketika mengajar walaupun pelajar diberikan komputer riba E-Book.
Dakwaan itu dibuat oleh Felo Kanan, Institut Kajian Rantau Asia Barat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr.Kamaruzaman Yusof dalam satu majlis di Kuala Terengganu baru-baru ini. “Pelajar guna E-Book hanya nak tengok internet saja,” katanya. Beliau juga mendakwa, E-Book yang diberikan kepada para pelajar tahun lima sekolah rendah itu, mengalami kerosakkan selepas 2 tahun digunakan. Apabila komputer tersebut rosak, ia tidak dapat diperbaiki, kerana tidak ada pihak yang boleh membaik pulih, tambahnya. Di Singapura, kata Dr. Kamaruzaman, pelajar yang mendapat E-Book tidak lagi membawa buku teks ke sekolah. Katanya, pemberian E-Book, bukanlah ‘tidak elok’ tetapi belum sampai masanya lagi kepada pelajar di negeri Terengganu untuk menggunakan E-book. Oleh kerana itu, menurutnya, berlaku perkara-perkara yang tidak diingin di kalangan pelajar yang diberikan E-Book tersebut. “Maknanya saya nak katakan di sini E-Book bukanya tidak elok, tetapi masalahnya masyarakat kita belum sampai lagi boleh guna E-Book. “Bila diberikan kepada budak-budak berlaku (lah) perkara yang tidak baik dan tidak diingini,”jelasnya. Usaha untuk menghubungi exco pendidikan kerajaan Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman bagi mengulas perkara tersebut gagal. Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/2011/05/06/murid-guna-e-book-guru-masih-guna-papan-hitam/ ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

