Ke Arah Penubuhan Koperasi Sumber Terbuka Malaysia (KOSTEM)

Baca di Internet

http://cikgucyber.blogspot.com/2011/05/ke-arah-penubuhan-koperasi-sumber.html

Komuniti Sumber Terbuka Malaysia telah merancang dan sedang usahakan penubuhan 
Koperasi Sumber Terbuka Malaysia. Kami memerlukan anda dalam usaha ini.

Kita sedia maklum, koperasi adalah satu usaha bersama ahli-ahlinya dengan 
mengumpul dan menyumbangk modal dalam bentuk yuran keahlian dan saham, bagi 
tujuan mengadakan kemudahan bersama, perniagaan yang menguntungkan dan 
mendapatkan hasil keuntungan daripada pelaburan saham dalam koperasi mereka.

Perisian Sumber Terbuka atau Open Source Software (OSS) pula adalah usaha 
komuniti OSS seluruh dunia dalam menghasilkan pelbagai perisian yang setanding 
dengan perisian yang dihasilkan dengan cara tertutup. Sumbangan komuniti OSS 
adalah dari segi masa dan ilmu dalam sesuatu projek telah menghasilkan perisian 
OSS.

Apa yang penting kerja sama. Sama ada koperasi atau perisian sumber terbuka, 
kerja sama kumpulan boleh menghasilkan keputusan dan hasil yang cemerlang dan 
manfaat kepada semua. Kami mahu gotong-royong dan kerja sama ini dalam 
meningkat taraf ekonomi komuniti OSS di Malaysia.

Perisian Sumber Terbuka?

http://en.wikipedia.org/wiki/Open-source_software

Jika anda pengguna Mozilla Firefox, Google Chrome yang berasaskan daripada 
Chromium, Perisian pejabat OpenOffice.org, bahasa aturcara PHP, Python dan 
Ruby, memiliki telepon bimbit berasaskan Android dan anda pengguna Google.com. 
Apa yang saya nyatakan ini semua adalah hasil daripada perisian sumber terbuka. 
Perisian dan komuniti Sumber Terbuka kian berkembang dalam dunia ICT negara dan 
dunia dan menjadi pengaruh yang kuat dalam teknologi ICT.

Kami memerlukan anda yang terlibat dalam bidang ICT untuk turut sama menjayakan 
Koperasi Sumber Terbuka Malaysia (KOSTEM). Jawatan kuasa penaja KOSTEM telah 
mewujudkan kumpulan perbincangan melalui email dan laman web yang boleh 
disertai melalui laman ini :-

http://groups.google.com/group/koperasi-oss/about

Perbincangan diatas boleh melalui email dan juga web. Bagi anda yang aktif 
menggunakan Facebook. Perbincangan adalah melalui kumpulan perbincangan OSDC.my 
Discussion Group In Facebook yang boleh disertai melalui laman ini :-

http://www.facebook.com/home.php?sk=group_125842900827482

Anda juga boleh sertai Facebook Page KOSTEM di

http://www.facebook.com/pages/Koperasi-Sumber-Terbuka-Malaysia-Berhad-KOSTEM/204748249536831

dan laman rasmi KOSTEM

http://www.kostem.my/

Bagi anda yang berminat untuk menjadi ahli koperasi KOSTEM sila daftar disini

http://bit.ly/ewSQp5

*** Email pengenalan KOSTEM daripada Jawatan kuasa penaja KOSTEM :-

2 May 2011

Assalamu'alaikum & salam sejahtera.

Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad atau ringkasnya KOSTEM merupakan satu 
idea dan visi untuk membantu menjana ekonomi penggiat/pengguna/peminat Perisian 
Bebas dan Sumber Terbuka (FLOSS) di Malaysia melalui model koperasi 
(cooperative).

Model koperasi merupakan satu bentuk perniagaan yang mengutamakan kebajikan 
anggotanya. Petikan daripada Wikipedia:

Koperasi adalah pertubuhan manusia yang berautonomi di mana anggotanya bersatu 
secara sukarela demi mencapai kepentingan bersama di bidang ekonomi, sosial dan 
budaya, melalui suatu badan yang dimiliki bersama dan yang terkawal secara 
demokrasi ... Koperasi adalah berasaskan nilai-nilai berdikari, 
bertanggungjawab pada diri sendiri, demokrasi, kesamaan atau keadilan, 
perpaduan, kesetiaan dan bersatu hati. Selaras dengan tradisi pengasas gerakan 
itu, anggota koperasi menerima nilai-nilai etika, termasuk sadik, amanah, 
ketelusan, tanggungjawab sosial serta prihatin terhadap orang lain.

Dalam kata lain, model koperasi sangat bersesuaian dengan falsafah FLOSS iaitu 
kesukarelaan dan saling-bantu-membantu sesama anggota.

Oleh kerana setakat yang diketahui tiada satu komuniti FLOSS di mana-mana 
bahagian di dunia yang mengadaptasi model koperasi sebagai salah satu aktiviti 
menjana ekonomi berkaitan FLOSS, maka penubuhan KOSTEM bakal menjadi satu 
entiti baru dalam dunia FLOSS/OSS di Malaysia, mungkin di seluruh dunia, 
sekiranya ianya berjaya direalisasikan.

Tercetusnya idea mewujudkan koperasi di kalangan komuniti di Malaysia kerana 
ramai di kalangan ahli komuniti yang bergerak secara freelance serta sukarela, 
menyebabkan mereka sering menghadapi kekangan-kekangan tertentu yang membatasi 
niat untuk bergerak dengan lebih jauh, terutama soal kewangan. Dengan 
berkoperasi, nasib mereka ini akan lebih terpelihara dan dapat mengambil 
peluang-peluang yang datang, seperti contoh menguruskan sesuatu projek yang 
diperolehi oleh KOSTEM (project management) dan/atau menjadi seorang 
entreprenur dan bergiat dalam bidang perniagaan.

Dalam soal lain, KOSTEM juga boleh menjadi batu loncatan kepada komuniti untuk 
'memasarkan diri', dimana mereka yang mempunyai kelebihan dan ilmu dalam FLOSS 
dapat menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang mereka miliki, sebagai contoh 
dalam bidang teknikal; penganalisis sistem, pembangunan teknologi WWW, 
pembangun perisian, atau sistem sokongan, dokumentasi, lokalisasi, hinggalah 
peringkat pengurusan; pengurus projek, pemasaran, dan lain-lain yang berkaitan.

Juga dengan penubuhan KOSTEM dapat membawa FLOSS dikenali di kalangan 
pengguna/pemain industri/sektor Awam & Swasta/badan korporat dan yang 
berkaitan. Ini kerana koperasi sendiri sektor ketiga menyumbang kepada 
pertumbuhan ekonomi negara selepas Awam dan Swasta. Secara tidak langsung 
koperasi merupakan satu jenama yang kukuh dan diterima dalam ruang lingkup 
ekonomi di Malaysia, dan ini memberi peluang untuk KOSTEM bergerak dengan lebih 
jauh.

Sehingga kini, kami telah menubuhkan Jawatankuasa Penaja dimana 
bertanggungjawab dalam proses permohonan, merangka perniagaan yang akan 
dijalankan, hinggalah pelantikan Ahli Lembaga Koperasi dan menguruskan 
Mesyuarat Agung Pertama. Mereka yang menjadi Ahli Jawatankuasa Penaja telah 
dilantik semasa mesyuarat KOSTEM yang diadakan bersama-sama dengan Bengkel 
Antara Distro #2 di HackerspaceKL pada 26 Mac lepas. Mereka yang dipilih 
merupakan peminat, penggiat serta sukarelawan FLOSS di Malaysia. 

Untuk menubuhkan sesebuah koperasi, ianya memerlukan sekurang-kurangnya 50 
orang bakal anggota. Namun, adalah lebih baik sekiranya bakal anggota 
*perintis* lebih dari itu.
(catatan: Sebelum ini pada peringkat awal perbincangan, telah dikumpulkan 
nama-nama mereka yang berminat untuk menyertai KOSTEM, tetapi untuk memudahkan 
urusan, mereka akan menerima emel berasingan)

Kami sedang mencari mereka yang berminat untuk menyertai KOSTEM. Dan kami juga 
menyeru kepada penggiat FLOSS di Malaysia supaya menjadikan KOSTEM sebagai 
platform untuk memajukan industri/komuniti/budaya ini. 

Sila isikan butir-butir peribadi yang diperlukan di dalam borang dibawah:

http://bit.ly/ewSQp5

Untuk maklumat lanjut berkaitan KOSTEM, sila lawati Wiki KOSTEM 
(http://bit.ly/wiktem) atau sertai perbincangan di milis 
(http://bit.ly/KOSTEM). Terima kasih.


Salam hormat,
Mohamad Imran Ishak (MakLaN)
Setiausaha AJP KOSTEM
--
----------------

*** Lain-lain ***

Malaysia Open Source Conference 2011 (MOSC2011)

http://www.mosc.my/




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke