Nampaknya guru-guru di Malaysia ni semakin tertakin. Saban hari ada saja aduan, 
keluhan disiarkan dalam akhbar. Itu yang disiar dalam akhbar, belum lagi di 
facebook, blog, kedai kopi, pejabat guru, kantin sekolah. Dah menterinya sibuk 
dengan politik, sibuk anjur pertandingan tarian terkangkang-kangkang pelajar 
sekolah perempuan. Bila masa nak gaji beban guru. 

Jangan lupa baca keluhan guru-guru kita di bawah ini yang pemimpin Umno tak 
ambil peduli kerana sedang sibuk dengan video porno, isu DAP pengkhianat Melayu 
dan sedang sibuk nak meminang PAS.

Artikel sebelum ini:
Kementerian Pelajaran galakkan pelajar sekolah perempuan sertai tarian 
terkangkang 
http://amkns.blogspot.com/2011/05/kementerian-pelajaran-lagi-teruk-dari.html 
Para guru dah bosan dengan kerajaan Umno BN 
http://amkns.blogspot.com/2011/05/para-guru-dah-bosan-dengan-kerajaan.html 
Murid guna E-Book, guru masih guna papan hitam (mahal rantai dari beruk) 
http://amkns.blogspot.com/2011/05/murid-guna-e-book-guru-masih-guna-papan.html 

BERITA HARIAN 7 MEI 2011
Tugas pentadbiran jejas fokus guru

HASIL kajian daripada jawatankuasa mengkaji beban tugas guru telah ditanya 
banyak pihak. Sudah siapkah laporannya dan bila mahu diumumkan?

Kementerian Pelajaran wajar memberi penjelasan supaya kedudukan yang sebenarnya 
difahami dan diharap rumusan kajian dapat diterima guru dengan hati terbuka dan 
penuh rasa tanggungjawab.

Jadi tidaklah guru ternanti-nanti. Ini disebabkan penubuhan jawatankuasa itu 
sudah diumumkan sejak setahun lalu.

Ada pihak menganggap beban tugas ini seolah-olah memberi gambaran sikap guru 
yang kurang dedikasi menyebabkan tugas mereka dilihat begitu membebankan. 
Sebenarnya, kita perlu melihat perkara ini secara positif. Tidak wajar 
mengaitkan guru yang mempersoalkan beban tugas sebagai kurang komitmen. Malah, 
atas rasa tanggungjawab perkara ini dikemukakan agar tugas tambahan tidak 
terlalu banyak sehingga ke tahap yang boleh menjejaskan tugas hakiki.

Kebanyakan guru mendakwa mereka tetap mengutamakan tugas asalkan dapat 
menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P) di bilik 
darjah. Jika ini tugas guru, mereka rela berkhidmat dengan lapang dada dan 
tidaklah dianggap sebagai beban.

Kita boleh berkata guru perlu dedikasi, serba boleh dan bijak mengurus masa 
agar dalam menjalankan tugas tambahan, tugas P&P tidak terabai. Adakah kita 
yakin seorang guru yang sibuk dan kepenatan menjalankan tugas pentadbiran, maka 
tugas P&P tidak terjejas?

Tugas hakiki bermaksud kemahiran mengurus kelas secara profesional agar proses 
P&P dapat dilaksanakan dengan berkesan. Tugas ini hendaklah dipastikan tidak 
terganggu dan dilaksanakan sepenuhnya mengikut perancangan kerana inilah faktor 
utama menentukan kualiti sesebuah sekolah.

Jika guru terlalu sibuk dengan tugas pentadbiran, dikhuatiri fokus dan minat 
terhadap P&P semakin merosot. Kita tidak mahu ada guru yang tidak sempat 
membuat persediaan, menyediakan alat bantu mengajar, memeriksa buku latihan dan 
terlambat masuk kelas kerana terlalu sibuk dengan kerja pentadbiran. Yang pasti 
guru tidak dapat masuk kelas kerana bertugas di luar sekolah.

Ada masanya pihak pentadbir meminta guru menyiapkan laporan segera kerana ini 
arahan pihak atasan walaupun ketika itu guru ada tugas P&P. Pandai-pandailah 
guru bertindak menghadapi tugas yang semakin banyak asalkan semuanya beres. 
Mungkinkah dengan keadaan begini kita dapat mencapai pendidikan berkualiti?

Persoalannya sejauh mana seseorang guru itu mampu melaksanakan semua tugas 
dengan berkesan? Elok dibuat kajian untuk melihat hubungan antara tahap 
keupayaan guru dan keberkesanan hasil kerja. Kajian juga perlu menjurus ke arah 
mewujudkan garis panduan untuk pentadbir dalam pengagihan tugas tambahan kepada 
guru supaya tidak melampaui had maksimum yang boleh menjejaskan tugas hakiki.

ZIN MARKAM,
Pontian, Johor. 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tugaspentadbiranjejasfokusguru/Article
 

BERITA HARIAN 7 MEI 2011
Guru jalankan tugasan luar terpaksa tinggal di asrama

BARU-BARU ini, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) melalui unit sukan 
mengadakan pelbagai pertandingan sukan peringkat negeri di seluruh negeri ini 
dan ramai guru terbabit sama ada menjadi jurulatih, pengurus pasukan, pengadil 
dan pengiring kepada peserta atau pelajar yang mewakili daerah masing-masing.

Malangnya, kami guru turut tinggal di asrama sekolah dengan tilam yang 
berkerak, tidak bercadar, berbantalkan lengan atau beg baju sendiri serta mandi 
di bilik mandi bersama pelajar.

Antara guru yang terbabit bersama peserta atau pelajar berada pada gred jawatan 
DG41, DG44, malah ada Guru Penolong Kanan DGA32 atau guru besar DGA34.
Saya kira tiada pegawai atau penjawat awam yang berada di gred 41 atau 44 akan 
tinggal di asrama, malah kumpulan ini akan berada di hotel.

Malang sungguh nasib guru, malah orang awam tidak mengetahui apa yang 
sebenarnya berlaku.

Lebih mendukacitakan, kami guru yang menggunakan kenderaan sendiri untuk 
membawa pelajar ke tempat kejohanan sama ada di dalam daerah atau luar daerah 
tidak dibenarkan membuat tuntutan perjalanan dengan menggunakan jarak 
perjalanan sebaliknya menuntut kadar satu tempat duduk teksi pergi dan balik 
saja, walhal kami mengangkut pelajar setiap hari pagi atau petang.

Kami juga dilarang menuntut sekurang-kurangnya lojing menggantikan tinggal di 
asrama sekolah, terdapat guru yang sudah tidak mahu tinggal di asrama kerana 
pada zaman persekolahan mereka sudah berlalu tetapi masih bersama pelajar tidur 
di tilam berkerak dan bantal busuk.

Baru-baru ini, sahabat saya yang mengiringi pelajar ke Karnival Muzik Sekolah 
Pahang turut mengalami perkara yang sama dan lebih malang bertugas mengawasi 
muridnya dalam tempoh yang panjang termasuk pada cuti umum sedangkan kakitangan 
awam lain seronok bersama keluarga masing-masing.

Diharap pihak Kementerian Pelajaran dan jabatan negeri masing-masing memikirkan 
bagaimana menjaga kebajikan guru yang menjalankan tugas di luar waktu pejabat 
dan di luar kawasan serta keselamatan mereka.

GURU SEDIH,
Temerloh, Pahang. 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gurujalankantugasanluarterpaksatinggaldiasrama/Article
  



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke