Pada 2 Mei 2011 dapat panggilan dari emak kata abah dah terbaring sesak nafas, 
abah memang ada masalah jantung. Berkejarlah balik kampung hantar abah ke 
Hospital Tampin. Nak hantar Hospital Rembau belum siap, ada batu asas sahaja 
sejak Mac 2008. Masuk bilik kecemasan doktor pun jalankanlah pemeriksaan, masuk 
oksigen dan macam-macam lagilah. Lalu abah pun dimasukkan ke wad di Hospital 
Tampin.

Semasa di wad doktor bukan Islam jumpa abah, tanya samada abah hendak disuntik 
dengan hormon babi atau tidak. Kata doktor  tadi hormon babi adalah yang 
terbaik untuk pesakit jantung, ia dapat mencairkan darah dengan cepat. Abah 
kata dia tak nak disuntik dengan hormon babi, biarlah dia mati dari disuntik 
dengan hormon babi kata abah pada doktor tadi.

Doktor tadi kata, ada juga orang Islam yang hendak disuntik hormon babi ni. 
Abah kata itu biarkanlah dia.

Esoknya abah pun dibenarkan keluar wad, duduk  dalam wad lagi penat abah, 
doktor hanya buat pemantauan saja.

Kepada JAKIM, TV3, Utusan Malaysia yang takut sangat dengan serangan Kristian 
sekarang ini, ni apa cerita ni hormon babi senang-senang diberi kepada pesakit 
Islam? Jawatankuasa Fatwa pula macamana, apa hukum suntik hormon babi ni?

Yang saya puji ialah doktor bukan Islam di Hospital Tampin tadi, dia amat 
berterus terang kepada pesakit Islam dan memberi pilihan kepada pesakit.

Usia abah dah 73 tahun, maknanya dah dapat Bonus lebih 10 tahun. Usia umat 
Islam ini puratanya 60 tahun. 

Hidup di dunia tak sampai sekelip mata, hidup di akhirat kekal sampai bila-bila.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke