http://fikrah-dakwah.blogspot.com/

Mesej daripada Prof. Dr. Mohammed Badie
 – Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin
28/4/2011

Segala  puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarganya,  
para sahabat, mereka yang mengikutinya dan menurut petunjuknya.

Pembersihan yang berterusan


Revolusi  Mesir yang diberkati masih membuahkan hasil dan menunjukkan bukti  
praktikal kekuatan rakyat yang hebat, yang hidup dan sentiasa hadir dan  yang 
masih menikmati semua unsur kekuatan, kesihatan dan keselamatan  yang 
menjanjikan masa depan lebih cerah dalam waktu terdekat, dengan  izin Allah. 
Kita telah melihat rakyat Mesir memutuskan untuk membenteras  parti yang korup 
dan pendokong kerosakan, dan menuntut supaya  dikembalikan dana dan harta awam 
yang dirampas untuk diserahkan kepada  negara. Rakyat yang hebat masih 
bersungguh-sungguh memburu pemimpin dan  sisa korupsi yang telah merencatkan 
kemajuan bangsa sejak beberapa dekad  yang lalu, dan telah menghancurkan 
keperibadian Arab Mesir yang tinggi  untuk kepentingan musuh-musuh bangsa demi 
faedah peribadi dan diri  sendiri. 

Adalah  penting untuk meneruskan proses pembersihan menurut caranya sambil  
kebangkitan rakyat terus berkekalan. Proses pendakwaan yang adil dan  serius 
perlu dijalankan sehingga tiada lagi saki baki rejim yang  terlepas daripada 
kejahatan mereka, atau melupuskan dokumen di tangan  mereka yang mendedahkan 
rasuah dan kejahatan mereka, atau meneruskan  usaha penyeludupan wang dan harta 
benda hasil rampasan milik bangsa ini. 

Dalam  hal ini, kita menarik perhatian para pegawai dan mereka yang memerintah  
negara tentang keperluan untuk membuat susulan dengan baik dan serius  mengenai 
nasib yang berbeza di antara antara pemimpin korup yang  dipenjarakan dengan 
rakan mereka yang masih bebas dan  pemimpin yang  melarikan diri ke luar 
negara. 
Ini kerana tidak diragukan lagi bahawa  mereka tidak berhenti dari menggerakkan 
usaha untuk merapatkan barisan  dan organisasi operasi mereka dalam cubaan 
untuk 
memadamkan Revolusi,  dan cubaan untuk menyingkirkan semua dakwaan. 

Menuju masa depan untuk membina sebuah kebangkitan bangsa
Sekalipun  kami sangat berminat dengan kesinambungan revolusi dalam hal proses  
pembersihan, ini tidak bererti bahawa kami hanya menitikberatkan  permasalahan 
ini sahaja. Malah, usaha mestilah dilanjutkan untuk  mencapai mesej revolusi 
dibina, iaitu mesej kebangkitan di Mesir dan  pembentukan sebuah negara bebas 
dan moden hasil dari pengorbanan para  syuhada’ dan darah mereka yang tercedera 
demi revolusi ini, dan yang  telah menyerahkan kebebasan, kemuliaan, umur dan 
harta mereka demi  mencapai impian yang diidamkan. Hal ini mewajibkan mereka 
bekerja untuk  kestabilan urusan negara, segera mengembalikan aktiviti awam dan 
 
kegiatan ekonomi, wajib menghapuskan semua halangan untuk menyumbang  dalam 
program yang mulia ini, dan wajib semua orang yang memiliki  kemuliaan dan 
keikhlasan kepada bangsa ini untuk mengambil bahagian  dalam melaksanakan 
kerja, 
seperti firman Allah swt (bermaksud):
“dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan 
takwa”(Al-Maidah: 
2)

Dalam hal ini, kita menyeru kepada perkara berikut:

 *     Menarik perhatian kerajaan dengan tuntutan revolusi dan rakyat  
berkaitan 
pelantikan gabenor. Tidak logik untuk meletakkan urusan ini  sama seperti yang 
dilakukan pada zaman yang penuh korupsi dengan  melantik gabenor dari 
wajah-wajah sama yang telah menyumbang kepada  korupsi pada masa lalu; yang 
membawa pengaruh buruk, memprovokasi rakyat  dan menghalang kepentingan negara 
dan merosakkan prestij negara.

 *     Melakukan penyelesaian segera berkaitan majlis tempatan yang  merupakan 
salah satu aspek terpenting yang telah menjerumuskan rejim  Mesir lepas kepada 
korupsi.

 *     Terdapat kemahuan yang sebenar untuk melakukan penstrukturan dan  
pembangunan semula Sinai Utara dan Selatan, dan kerja-kerja projek  nasional 
untuk membangun semula Sinai bagi meningkatkan pelaburan ke  atas kekayaan 
mineral Sinai, dan mengeksploitasi kekayaan air bawah  tanah, memajukan bidang 
pertanian yang berjuta-juta hektar, dan  melaksanakan pembangunan yang 
menyeluruh ke atas sebahagian daripada  negara yang sangat berharga yang 
berfungsi untuk menjaga sempadan timur  Mesir.

 *     Seruan kepada warga Mesir yang berada di luar negara untuk  menyumbang 
kepada pembangunan tanah air, dan melaburkan pengalaman  mereka yang pelbagai 
dan wang yang disimpan dalam pembangunan dan  kebangkitan tanah air tercinta 
ini. Pihak kerajaan hendaklah menetapkan  peraturan dan perlindungan untuk 
menarik modal warga Mesir dan Arab, dan  menyediakan sebab-sebab kejayaan 
projek 
secara serius.

 *     Seruan kepada usahawan Arab dan Muslim untuk melabur dalam pelbagai  
bidang di Mesir yang telah bebas dari rasuah, dan penuh dengan peluang  yang 
menjanjikan kegembiraan dan kepuasan kepada setiap pelabur yang  serius. Dalam 
hal ini, kita menghargai usaha yang kerajaan lakukan untuk  menggiatkan 
hubungan 
dengan negara-negara Arab dan negara-negara jiran,  dan menghargai kunjungan 
yang kerap dari negara-negara Arab, dan seruan  untuk pemulihan lengkap peranan 
Mesir di dunia Arab dan serantau  setelah dimusnahkan oleh rejim terdahulu.

 *     Mengucapkan terima kasih kepada pihak tentera dan kerajaan Mesir  kerana 
mengembalikan peranan Mesir yang asasi dan sebagai pelopor dalam  memelihara 
dan 
melaksanakan keamanan, menamatkan kepungan ke atas  saudara-saudara kita di 
Palestin, dan meminta pegawai di sempadan untuk  membuka terus sempadan Rafah 
untuk saudara-saudara kita di Gaza, dan  bekerja untuk membentuk kawasan 
perdagangan bebas di daerah Rafah.  Inilah kedudukan saudara-saudara kita di 
Palestin yang merupakan  sebahagian dari kita, kedudukan Mesir di tengah-tengah 
Bangsa Arab dan  peranannya di kalangan saudara-saudaranya yang lain.

 *     Seruan kepada kerajaan Mesir untuk lebih memberi perhatian kepada  
senario di Afrika, khususnya negara-negara di Lembah Nil. Kami juga   menyeru 
Al-Azhar dan Gereja Mesir untuk menyokong pendirian Mesir di  Afrika.

 *     Kami mengajak masyarakat dan kerajaan-kerajaan Arab dan Islam untuk  
menyokong gerakan rakyat marhaen untuk kebebasan di Libya, Yemen dan  Syria. 
Kami berharap penguasa negara-negara ini memiliki patriotisme dan  nilai 
kemanusiaan untuk mendahulukan kepentingan masyarakat dan bangsa  daripada apa 
jua kepentingan lain. Ini kerana rakyat dan bangsa terus  kekal sedangkan 
penguasa akan silih berganti. Begitu juga supaya mereka  tahu bahawa Allah akan 
menyoal mereka tentang apa yang dilakukan  terhadap urusan negara dan hak-hak 
orang lain, dan boleh memilih untuk  mengajak diri mereka kepada Rasulullah saw 
kerana terdapat ungkapan  seorang sarjana: "Ya Allah,  sesiapa yang menjalankan 
sesuatu urusan umatku sehingga membahagiakan  mereka, maka berilah kebahagian 
kepadanya. Sesiapa yang memecah-belahkan  urusan umatku sehingga berlaku 
persengketaan, maka pecah belahkanlah  hidupnya”. Kami mengingatkan mereka 
bahawa rakyat yang keluar untuk  menuntut hak-hak asasi mereka seperti 
kebebasan 
dan keadilan tidak  mungkin berundur selagi tujuan mereka keluar itu tidak 
tercapai. Darah  orang yang tidak berdosa akibat tindakan kejam rejim diktator 
akan  menjadikan revolusi terus menyala dan terus melaungkan tuntutan  
pejuang-pejuang pembaharuan. Ini kerana kekejaman dan ketidakadilan  selama 
mana 
sekalipun ia tetap akan lenyap. Firman Allah swt  (bermaksud):  
“Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira bahwa Allah lalai
 dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim”(Ibrahim: 42).

Kita memintakerajaan membina semula hubungan Mesir dengan pelbagai negara di  
seluruh dunia atas dasar persamaan dan perkongsian; demi mencapai  ketinggian 
bangsa Mesir. Begitu juga kerajaan mestilah serius untuk  mengambil tindakan 
lanjut terhadap penjarah wang rakyat yang dilarikan  oleh pimpinan korup dalam 
rejim yang lepas ke luar negara dan  melaksanakan pembentukan jawatankuasa khas 
undang-undang untuk  mengembalikan harta rakyat yang merupakan hak bangsa ini.

Selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarga dan para sahabatnya, dan segala 
puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=213&ArtID=83343

Kirim email ke