Utusan Malaysia 9 Mei 2011 

KUALA LUMPUR 8 Mei - Kegiatan menyimbah sejenis cecair dipercayai asid jenis 
'thinner' dan 'alkali' kini dikatakan semakin berleluasa berlaku di ibu negara, 
dipercayai didalangi dua lelaki bermotosikal.

Penjenayah yang sehingga kini belum diberkas dikatakan mencari mangsa terdiri 
daripada wanita yang kebanyakannya berketurunan Melayu di sekitar Dang Wangi, 
Sentul dan Brickfields.

Polis bagaimanapun sehingga kini belum mengenal pasti motif perbuatan jenayah 
suspek berkenaan.

Difahamkan, kedua-dua suspek, masing-masing bertubuh gempal dan kurus berusia 
20 hingga 30 tahun sering menukar jenis motosikal, akan menghampiri mangsa 
sebelum melemparkan cecair ke arah muka dan tubuh mereka.

Dalam kejadian terbaru semalam, seorang wanita dan anak perempuannya yang 
berusia setahun cedera di muka setelah disimbah sejenis cecair di Persiaran 
Titiwangsa.

Mangsa berusia 30 tahun yang merupakan kakitangan Perbadanan Kemajuan 
Kraftangan Malaysia disimbah asid dalam kejadian pukul 3 petang di hadapan 
rumah mereka.

Kelmarin, dua wanita berusia lingkungan 20-an yang sedang berjalan kaki di 
Jalan Pudu Lama turut disimbah sejenis cecair kira-kira pukul 9 malam.

Kira-kira sejam kemudian, seorang wanita turut cedera di muka selepas disimbah 
sejenis cecair dipercayai cuka getah di tempat letak kereta berhampiran sebuah 
pusat beli-belah di Jalan Putra.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi 
Ahrasa berkata, dalam tempoh dua hari lalu, empat laporan polis diterima 
membabitkan lima orang mangsa.

Katanya, daripada lima mangsa itu, seorang daripada mereka berketurunan India.

"Kita minta orang ramai, khususnya wanita supaya bertenang dan memberi 
kerjasama kepada polis untuk mengesan penjenayah itu yang sudah dikenal pasti 
identiti mereka.

"Polis setakat ini mengesan dua suspek berketurunan India ini menaiki motosikal 
atau menunggu mangsa di laluan yang sunyi sebelum menyimbah mereka menggunakan 
botol plastik yang sudah dipotong berisi cecair itu," katanya ketika dihubungi 
di sini hari ini. 
Menurut Khairi, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu juga diminta 
mengenali wajah suspek, kenderaan dan nombor pendaftaran mereka serta pakaian 
dan memaklumkan segera kepada Rakan Cop atau Bilik Kawalan Polis Kuala Lumpur 
di talian 03-21159999.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul 
Bari Wan Abdul Khalid memberitahu, sebanyak 10 kes simbah cecair dipercayai 
asid dilaporkan berlaku di daerah ini sehingga Mac lalu.

"Dalam kejadian terakhir pada Mac lalu, tiga wanita iaitu seorang guru dan dua 
orang awam dilaporkan telah disimbah cecair itu di pekan Brickfields.

"Setakat ini, tiada mangsa dapat mengecam suspek yang menaiki sebuah motosikal 
kerana kejadian berlaku begitu pantas," jelasnya.

Bagaimanapun menurutnya, usaha untuk mengesan suspek yang terlibat masih 
diteruskan kerana bimbang suspek kembali melakukan jenayah sama selepas ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0509&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm
 

The Star Monday May 9, 2011
Acid splasher now a stalker
By STEVEN DANIEL
[email protected]


KUALA LUMPUR: Police are concerned as a serial acid splasher who is believed to 
be responsible for more than 20 attacks on women and children in the city has 
begun to strike at night.

All of the earlier attacks which started early this year had occurred in the 
day.

However, on Friday, three women were attacked 30 minutes apart at around 9pm in 
the city area.

In the first case, two women who were walking along Jalan Pudu Lama were 
splashed with acid by a man on a motorcycle leaving one of them with severe 
burns that almost blinded her left eye.

Half an hour later, another woman had acid splashed on her at a parking lot, 
believed to be by the same man.

On Saturday, a woman and her year-old baby were attacked at their home in 
Persiaran Titiwangsa.

City police chief Deputy Comm Datuk Zulkifli Abdullah said a task force, formed 
since the beginning of the initial attacks, was examining the facts of the 
latest attacks to determine if they were the work of the same man.

Meanwhile, the father of the woman who was severely burned in the eye, Mohammad 
Salleh, said his daughter was responding well to treatment when met at the 
Kuala Lumpur Hospital intensive care unit yesterday.

“Doctors believe they may be able to save her left eye. But she also suffered 
5% burns on her face and chest,” he said.

The other victims had reacted quickly by washing their faces with water, 
resulting in little or no lasting injuries.

Sources, however, pointed out that despite the sudden change in the time of the 
suspect’s attacks, he still primarily targeted women and children.

DCP Zulkifli was reported earlier as saying the police were taking the matter 
very seriously as the attacks were beginning to cause panic among city folks.

The only lead police have on the identity of the suspect is that he is of dark 
complexion and rides either a Honda EX5 or Yamaha motorcycle.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2011%2F5%2F9%2Fnation%2F8645421
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke