Dari apa yang dilaporkan dibawah ini yang diperkatakan oleh Datuk Mukhriz 
Mahathir adakah bermaksud orang kampung akan undi BN, orang bandar akan undi 
Pakatan? Bila kampung maju jadi pekan mereka akan undi Pakatan. Jadi biarlah 
kampung , kawasan Felda terus mundur agar rakyat di kampung, pedalaman dan 
peneroka sentiasa menganggap bahawa wakil rakyat (BN/Umno) yang buat jalan, 
bekal elektrik dan sebagainya, betul ke?

Agaknya macam orang Jelebu ni lah, jambatan dah runtuh ke , jalan runtuh ke tak 
ada siapa ambil peduli seperti dilaporkan di bawah ini 
http://orangklawang.blogspot.com/2011/05/jambatan-roboh-mana-peruntukan.html 
http://pasjelebu.blogspot.com/2011/05/jalan-kampung-bukit-bahaya.html 

Orang bandar tak kisah dengan YB 
Sinar Harian 9 Mei 2011 

MELAKA - Masyarakat di bandar masa kini tidak bergantung sepenuhnya kepada 
wakil rakyat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menjamin masa depan 
mereka. 

Perkara itu menyebabkan sokongan rakyat bandar terhadap Barisan Nasional (BN) 
di Sarawak kurang menyerlah berbanding luar bandar. 

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir 
berkata, penduduk sedar, segala infrastruktur, keperluan asas seperti jalan 
raya, eletrik dan bekalan air tetap dilaksanakan kerajaan tanpa perlu diminta. 

“Bagi penduduk di luar bandar, kebergantungan mereka terhadap wakil rakyat 
adalah lebih tinggi. 

“Tanpa wakil rakyat mereka sukar mendapat kemudahan yang baik bagi meneruskan 
kehidupan,” katanya. 

Bagaimanapun, katanya, penduduk di bandar tidak kisah memilih siapa wakil 
rakyat mereka. 

“Sebaliknya, permintaan mereka pula lebih ke arah keselamatan, pengangkutan 
awam, peluang pekerjaan, pendapatan sara hidup dan kenaikan harga barang,” 
katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan 
UMNO Bahagian Alor Gajah, di sini semalam. 

Mukhriz berkata, ia menjadi lebih serius apabila penduduk luar bandar mula 
berhijrah ke bandar, selain daripada kawasan yang didiami dinaik taraf menjadi 
pekan.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9067835.asp 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke