Guru sandaran tidak terlatih masih digantung tak bertali
Berita Harian 10 Mei 2011 
TIGA bulan berlalu selepas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin 
yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan 'berita baik' mengenai khidmat 13,000 
Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang sudah berkhidmat tiga tahun 
berturut-turut disambung, namun penyelesaian isu ini belum 'nampak cahaya di 
hujung terowong'. 

Pengumuman Muhyiddin pada 3 Mac lalu pada sidang media selepas menghadiri 
Program Juara Rakyat dan Majlis Penyampaian Dividen Ladang Program Pembangunan 
Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod dan Geran Komunal Lalampas, Tongod di Sabah, 
nampaknya ibarat ‘angin lalu’ sekadar singgah sipi-sipi di telinga pegawai yang 
dipertanggungjawabkan, khususnya di Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran 
Negeri (JPN). 

JIKA PERSOALAN 13,000 GSTT PUN TIDAK DAPAT DITANGANI DENGAN BERKESAN, APATAH 
LAGI PELBAGAI MASALAH MEMBABITKAN LEBIH 350,000 GURU DI SELURUH NEGARA. TIDAK 
HAIRANLAH BANYAK PERSOALAN TERTUNGGAK, ANTARANYA BEBAN TUGAS BERLEBIHAN GURU 
MASIH TIDAK DAPAT DISELESAIKAN KEMENTERIAN BERKENAAN. 

( Sila baca artikel sebelum ini; Guru-guru semakin benci, meluat dengan Umno 
BN, salah Muhyiddin di 
http://amkns.blogspot.com/2011/05/guru-guru-semakin-benci-meluat-dengan.html )

Saban hari e-mel [email protected] akan menerima keluhan guru, antaranya 
berhubung bebanan kerja perkeranian, kenaikan pangkat dan kelemahan pentadbiran 
sekolah. 

Bagaimanapun, surat ‘kemarahan’ GSTT berhubung sikap pegawai JPN ketika ditanya 
mengenai kedudukan mereka, termasuk jawapan ‘belum menerima surat siaran atau 
waran lantikan GSTT daripada Kementerian Pelajaran’ mengatasi e-mel yang 
diterima sejak sebulan dua ini. 

Muhyiddin sebelum ini menjelaskan kerajaan sudah meneliti perkara itu dengan 
terperinci dan meminta Ketua Pengarah Pelajaran mengambil tindakan segera. 

Jika arahan beliau sudah dikeluarkan kepada Ketua Pengarah Pelajaran, kita 
tidak nampak kenapa alasan standard belum menerima surat siaran atau waran 
lantikan GSTT yang digunakan kakitangan JPN di seluruh negara bagi menjawab 
pertanyaan GSTT terus digunakan. 

Dua surat pembaca yang diterima melalui e-mel – masing-masing satu dari Ipoh, 
Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyebut JPN dan Pejabat Pelajaran 
Daerah (PPD) memberi alasan ‘belum menerima waran lantikan’, manakala ‘JPN 
Wilayah tidak mendapat hitam-putih mengenainya’. 

Pada masa sama, tiada kenyataan lanjut mengenai nasib GSTT yang dikeluarkan 
Kementerian Pelajaran, selepas pengumuman dibuat Muhyiddin, sekali gus memberi 
tekanan kepada GSTT yang sudah berkeluarga mengenai masa depan mereka, apatah 
lagi kalau suami dan isteri, kedua-duanya GSTT. 

Malah, kebanyakan GSTT yang sudah berkeluarga menyatakan kesediaan untuk 
ditempatkan di mana-mana kawasan yang memerlukan khidmat mereka di seluruh 
negara, hanya menunggu surat daripada JPN mengenai kawasan penempatan mereka. 

Tekanan ini turut dirasai GSTT bujang, khususnya yang sudah membeli kenderaan 
untuk kemudahan pengangkutan ketika berkhidmat dulu, selain membawa pelajar 
untuk menyertai pelbagai pertandingan dan kejohanan sukan peringkat sekolah, 
zon dan daerah. 

Akibat ‘digantung tidak bertali’ oleh kementerian, sudah ada kes guru berkenaan 
terpaksa menjual semula kereta kerana gagal menjelaskan bayaran bulanan kepada 
institusi kewangan. 

Hakikatnya, kekurangan guru di Wilayah Persekutuan sebenarnya meruncing, 
khususnya guru Bahasa Melayu dan Sejarah. Disebabkan penumpuan berlebihan 
kepada penyediaan guru Sains dan Matematik di sekolah, akhirnya berlaku 
lambakan guru yang mengajar kedua-dua subjek ini di Kuala Lumpur. 

Tidak dinafikan ada GSTT yang ditawarkan tempat di sekolah sejak April lalu, 
namun kebanyakan GSTT yang diambil bukan daripada mereka yang mengajar di 
sekolah asal, sebaliknya dari sekolah lain. Bukankah pengetua sekolah asal ada 
mencadangkan GSTT yang berkhidmat sebelumnya disambung perkhidmatan di sekolah 
berkenaan? Inilah antara persoalan yang perlu dijawab JPN berhubung soal 
ketelusan dalam pengambilan semula GSTT. 

Isu GSTT sebenarnya bukanlah rumit untuk diselesaikan. Timbalan Perdana Menteri 
sudah membuka jalan penyelesaian ke atas isu penempatan guru tidak terlatih 
ini. Bagaimanapun, pengumuman Muhyiddin tidak disambut dengan tindakan proaktif 
baik pada peringkat kementerian mahupun jabatan. 

JIKA PERSOALAN 13,000 GSTT PUN TIDAK DAPAT DITANGANI DENGAN BERKESAN, APATAH 
LAGI PELBAGAI MASALAH MEMBABITKAN LEBIH 350,000 GURU DI SELURUH NEGARA. TIDAK 
HAIRANLAH BANYAK PERSOALAN TERTUNGGAK, ANTARANYA BEBAN TUGAS BERLEBIHAN GURU 
MASIH TIDAK DAPAT DISELESAIKAN KEMENTERIAN BERKENAAN. 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gurusandarantidakterlatihmasihdigantungtakbertali/Article
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke