Apakah Kementerian Pelajaran sibuk menganjurkan program tarian 
terkangkang-kangkang pelajar sekolah hingga tak ada masa nak tengok masalah 
para guru? Sementara Muhyiddin pula sibuk di luar negara bersama Rais Yatim, 
entah apa buatnya. Jabatan Pelajaran pula sibuk galakkan pelajar jadi artis 
hiburan. Apa rancangan hiburan Muhyiddin dan Rais Yatim nak laksanakan lepas 
ini untuk pelajar sekolah, sekembali dari Eropah nanti?

Kisah Jabatan Pelajaran galak pelajar jadi artis hiburan pada pautan berikut 
http://amkns.blogspot.com/2011/05/jabatan-pelajaran-galak-pelajar-jadi.html 

Kisah Kementerian Pelajaran galakkan pelajar sekolah perempuan sertai tarian 
terkangkang pada pautan berikut 
http://amkns.blogspot.com/2011/05/kementerian-pelajaran-lagi-teruk-dari.html  


KUMPUL DUIT SENDIRI BIAYA KOS SELENGGARA
Berita Harian 11 Mei 2011 

Persatuan dedah aduan kerosakan tidak diendahkan

KUALA LUMPUR: Guru yang mendiami kuarters di kawasan bandar juga tidak kurang 
sengsara apabila terpaksa mengeluarkan wang dari poket sendiri untuk membiayai 
kos penyelenggaraan kuarters mereka. 

Ia didedahkan Persatuan Warga Guru Alam Damai Kuala Lumpur yang mendakwa mereka 
terpaksa mengeluarkan RM40,000 untuk membaiki kebocoran paip air bawah tanah, 
selain membayar tunggakan bil air kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd. 

Pengerusinya, Hedzir Mohd Ali, berkata pihaknya terpaksa mengutip wang daripada 
guru bagi mengatasi masalah paip bocor selepas pihak bertanggungjawab lepas 
tangan walaupun beberapa kali membuat aduan.

“Kami bersabar selama dua tahun, tetapi hidup tidak sempurna walaupun sudah 
mengemukakan aduan sehingga kepada kementerian. Mahu tidak mahu, kami terpaksa 
mengeluarkan RM31,000 bagi menjelaskan tunggakan bil air selepas SYABAS 
mengunci meter sebanyak empat kali, selain membaiki paip yang sepatutnya 
diuruskan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP),” katanya menerusi 
e-mel kepada Berita Harian.

Persatuan juga menghantar surat rayuan, surat rasmi, surat permohonan dan 
memorandum kepada Kementerian Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran, Pengarah 
Pelajaran JPWP, SYABAS dan Ketua Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 
(SPAN), tetapi tiada penyelesaian.

Seorang lagi pengirim e-mel, Hassan Ibrahim, berkata masalah kuarters daif 
berlaku di Kuarters Institusi Pendidikan (KIP) di Lembah Klang seperti di Shah 
Alam dan Gombak. 

“Masalah bumbung dan lantai bocor serta siling balkoni runtuh membahayakan 
guru. Ini tidak termasuk kerosakan dalaman. Justeru, guru terpaksa mengeluarkan 
belanja untuk memperbaiki semua kerosakan,” katanya. 

Di KUANTAN, dua blok kuarters guru di Felda Bukit Sagu terbiar dan menjadi 
sarang penagih dadah, manakala sebahagian besar kelengkapan perabot seperti 
katil, almari pakaian, kabinet dapur, kipas siling menjadi sasaran penagih 
dadah dan pengumpul barang lusuh sejak beberapa tahun lalu.

Kuarters lima tingkat mempunyai 20 unit kediaman itu siap pada 2005 dan dihuni 
tujuh keluarga setahun kemudian, tetapi seorang demi seorang meninggalkan 
kuarters itu kerana pelbagai masalah.

Penduduk Bukit Sagu Dua, Ayub Muhammad, berkata persekitaran kuarters itu juga 
kotor kerana penagih dadah turut membuang air besar dan kecil sehingga 
menyebabkan bau busuk, selain bekas makanan dan sampah berselerakan sehingga 
berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Di KLUANG, kuarters empat tingkat menempatkan 16 unit kediaman berhampiran 
Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar T6, kini ibarat projek gajah putih apabila 
terbiar kosong tanpa dihuni sejak siap kira-kira empat tahun lalu, menyebabkan 
ia menjadi tumpuan anak muda berpeleseran berikutan kedudukannya agak 
terlindung dan jauh dari rumah penduduk terdekat di Taman Sri Lambak.

Penduduk, Fauzan Sumijan, 50, yang sering melewati bangunan itu mendakwa kerap 
terlihat individu tidak dikenali berkeliaran di sekitar kuarters dan melarikan 
diri dalam semak, jika penduduk menghampiri mereka.

Penghuni yang mahu dikenali sebagai Ummi Kalsum, berkata jika tiada guru yang 
mahu mendiami kuarters itu, lebih baik ia disewakan kepada keluarga miskin yang 
memerlukan kediaman lebih selesa.

"Ini dapat membantu penduduk yang mempunyai masalah. Kita kesal kerana tiada 
pihak mengambil tanggungjawab membersihkan kuarters sehingga dipenuhi lalang 
dan semak samun,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kumpulduitsendiribiayakosselenggara/Article
 


KUARTERS GURU ROSAK, BOCOR BERULANG KALI
Berita Harian 11 Mei 2011 

SAYA ingin memberi respons kepada laporan mengenai kuarters guru terbiar 
khususnya di luar bandar. Saya adalah seorang guru yang pernah tinggal di 
kuarters pendidikan di Pahang. 

Pada mulanya penginapan di sana amat selesa kerana masih baru dan dilengkapi 
perabot. Saya tidak kisah dengan jaraknya yang agak jauh dari tempat mengajar 
kerana berpagar dan agak selamat untuk anak saya. Namun, selepas hampir dua 
bulan, keadaan mula berubah. Tandas mula tersumbat dan bocor. Air bilik mandi 
sering bertakung menyebabkan keadaan bilik mandi mudah kotor. Tandas unit saya 
baik, tetapi tandas atau paip najis di tingkat atas bocor. Air najis menitis di 
unit saya dan baunya kurang menyenangkan. Saya terpaksa membersihkan air najis 
yang menitis setiap masa. 

Keadaan bertambah teruk dan berulat, menyebabkan saya terpaksa menutup tandas 
itu. Saya mengadu kepada unit pembangunan di Pejabat Pelajaran Daerah. 
Malangnya, usaha untuk membaik pulih kerosakan dilakukan hampir tiga bulan 
selepas aduan dibuat. Sebab apa? Kami pun tidak tahu. 

Selepas dibaiki, saya sekeluarga terus tinggal di kuarters itu. Tetapi tandas 
itu bocor kembali dan menjadi lebih teruk dari sebelumnya. Kebocoran paip juga 
turut berlaku di dapur menyebabkan air sinki menghujani kabinet dapur dan 
lantai. 

Saya terus menghubungi pihak berkenaan, malangnya, usaha membaik pulih tidak 
dapat dilakukan secepat mungkin atas alasan ketiadaan bajet. Kuarters saya 
menjadi terlalu kotor dan berbau, menyebabkan ia tidak sesuai untuk didiami 
apatah lagi untuk menerima tetamu. 

Apakah tindakan pihak berkenaan terhadap kuarters yang rosak ini. Kami akur 
dengan memotong elaun kami, untuk tinggal di kuarters tetapi kementerian gagal 
menyelenggara sebaik mungkin kerosakan sistem kumbahan yang boleh mendatangkan 
penyakit. 

Saya lebih selesa tinggal di rumah sewa sementara menanti rumah sendiri siap. 
Kuarters dibiarkan tidak diselenggara. 

RAMESH, 
Guru DG41.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kuartersgururosak_bocorberulangkali/Article
 






------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke