Mstar , Isnin Mei 9, 2011 
Sultan Yang Prihatin 
Oleh ROZAID A. RAHMAN & SYED AZHAR

SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, 
inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada 
para wartawan media cetak dan media elektronik.

Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru 
pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh 
protokol tetapi tetap mesra.

Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan 
Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) 
minggu hadapan.

Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah 
dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut 
coklat muda ala Nehru.

Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan 
Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim 
dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.

Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada 
perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun 
bahasa rasmi.

Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya 
membahasanya dirinya sebagai ‘saya’ bukannya ‘beta’ sebagaimana lazim digunakan 
di dalam istana.

Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:

> Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta 
> Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan 
> dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk 
> menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan 
> “Allahu Akhbar”. Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara 
> tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. itulah yang 
> terbaik untuk rakyat saya.

Wawancara penuh pada pautan berikut 
http://www.mstar.com.my/mingguan/cerita.asp?file=/2011/5/9/mstar_mingguan/20110509122729&sec=mstar_mingguan
  



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke