Nampaknya polis PDRM gagal menangkap penjenayah atau terroris yang paling digeruni rakyat terutama warga Kuala Lumpur, lebih-lebih lagi wanita. Oh ya , polis sedang sibuk hantar video seks ke Amerika Syarikat untuk mengesahkan ketulenan video. Kenapa tak hantar rakaman CCTV penyerang asid ini ke Amerika Syarikat untuk kenal pasti penjenayah ini dengan lebih terperinci?
Polis tolong buat kerja polis, jangan sibuk nak halang ceramah politik. Pemimpin Umno jangan suruh polis buat kerja politik ! KL SUDAH PANAS !!! Lagi wanita disimbah cecair Harian Metro Jumaat 13 Mei 2011 , 4:13 petang KUALA LUMPUR: Satu lagi perbuatan menyimbah cecair berlaku hari ini, kali ini mangsanya ialah seorang wanita berusia 30-an di Seksyen 10 Wangsa Maju, di sini. Dalam kejadian pada pukul 8.45 pagi itu, wanita berkenaan berada di dalam sebuah kereta dan menurunkan cermin kenderaannya sebelum disimbah cecair oleh seorang penunggang motosikal. Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah, yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik PDRM berkuatkuasa Rabu lepas, berkata cecair itu tidak melecurkan kulit tetapi menyebabkan gatal. "Polis masih menyiasat sama ada kejadian ini ada kaitan atau persamaan dengan kejadian simbah asid yang dilaporkan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas pertandingan menembak antara media dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis di Jalan Semarak di sini, hari ini. Pertandingan menembak itu melibatkan 89 pengamal media dan kira-kira 50 pegawai dan anggota PDRM bertujuan merapatkan hubungan antara kedua-dua pihak. http://www.hmetro.com.my/articles/Lagiwanitadisimbahcecair/Article ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

