Haram guna hormon khinzir

Utusan Malaysia 14 Mei 2011

PUTRAJAYA 13 Mei - Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan 
bahawa penggunaan ubat Clexane dan Fraxiparine yang mengandungi hormon babi 
untuk pesakit jantung adalah haram.

Setiausahanya yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), 
Othman Mustapha menegaskan, penggunaan kedua-dua jenis ubat itu ditegah kerana 
ia dihasilkan daripada sumber yang diharamkan Islam.

''Penggunaan ubat tersebut yang dianggap darurat kepada pesakit jantung bagi 
mencegah formulasi pembekuan darah secara serta-merta ketika pesakit berada 
pada tahap kronik adalah ditegah. 

''Ini kerana pada masa ini terdapat alternatif ubat iaitu Arixtra yang 
dihasilkan daripada sumber halal dan mempunyai fungsi serta keberkesanan yang 
sama dengan Clexane dan Fraxiparine," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, 
hari ini.

Othman mengulas tulisan Rozmal Malakan http://waghih.blogspot.com  dalam 
ruangan forum pada 9 Mei lalu bahawa seorang doktor bukan Islam bertanya kepada 
bapanya yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tampin, sama ada sanggup 
menerima suntikan hormon babi atau tidak untuk merawat penyakit jantungnya.

Menurut doktor tersebut, hormon babi adalah yang terbaik untuk pesakit jantung 
kerana dapat mencairkan darah dengan segera.

Bagaimanapun, bapa pengadu memilih untuk tidak menerima saranan doktor tersebut 
walaupun dikatakan ada juga orang Islam menerima suntikan hormon babi untuk 
rawatan sakit jantung.

Jelas Othman, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal 
Agama Islam Kali ke-87 yang bersidang pada 23 hingga 25 Jun 2009 telah 
membincangkan hukum penggunaan ubat Clexane dan Fraxiparine.

Anggota majlis, katanya, memutuskan Islam menegah penggunaan ubat daripada 
sumber yang haram bagi mengubati sesuatu penyakit.

Melainkan ia dalam keadaan tiada ubat daripada sumber yang halal ditemui dan 
bagi menghindari kemudaratan mengikut kadar yang diperlukan sahaja sehingga 
ubat daripada sumber yang halal ditemui.

''Dalam hal ini, kita sudah ada ubat alternatif iaitu Arixtra. Justeru umat 
Islam mempunyai pilihan untuk mendapatkan ubat yang halal dan situasi di negara 
ini juga tidak darurat," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0514&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm
 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke