Sebelum sambutan Hari Guru 16 Mei 2011, media heboh memperkatakan akan ada 
Berita Baik untuk semua guru akan diumumkan pada 16 Mei 2011. Lalu berita baik 
tersebut dibacakan secara langsung oleh Najib dari luar negara, dan diulas 
lanjut oleh Muhyiddin di Sarawak tempat DAP banyak menang. Adakah Najib dan 
Muhyiddin diberi skrip yang salah untuk dibaca sempena sambutan Hari Guru?

Tak tahulah macamana Najib dan Muhyiddin nak buat cover up lepas ini. Majoriti 
guru-guru yang tidak mendapat berita baik tersebut dah mula sedar mereka 
terpedaya dengan pengumuman berita baik tersebut. 

Yang kaya bertambah kaya, yang susah bertambah susah nampaknya dalam berita 
baik tersebut, macam sistem kapitalis pula.

Cover up di N.Sembilan senang saja agaknya, panggil Mawi buat konsert sempena 
menghargai jasa guru seperti berikut 
http://amkns.blogspot.com/2010/06/guru-nsembilan-tak-senonoh-memalukan-mb.html 

GURU SEKOLAH RENDAH KECEWA 
BERITA HARIAN 18 Mei 2011 

Majlis minta agihan insentif menyeluruh 

KUALA LUMPUR: Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) meminta satu kajian 
dibuat Kementerian Pelajaran berhubung insentif diumum Perdana Menteri, Datuk 
Seri Najib Razak, kelmarin, kerana ia meminggirkan warga pendidik sekolah 
rendah. Yang Dipertuanya, Roslan Madon, berkata kerajaan perlu mempertimbangkan 
insentif kepada guru besar dan guru di sekolah rendah serta Sekolah Kurang 
Murid (SKM). “Nyata, kerajaan terlepas pandang warga pendidik di sekolah 
rendah, walhal alam persekolahan bermula di sekolah rendah. Kenapa jasa warga 
7,900 pendidik sekolah rendah tidak diambil kira,” katanya. 

Sempena Hari Guru, kelmarin, Najib mengumumkan guru terbabit dalam pengajaran 
dan pembelajaran (PDP) berpeluang menikmati kenaikan pangkat hingga ke gred 
DG54 berbanding setakat gred DG48 sekarang, mulai 1 Januari depan, selain 
berpeluang mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. 

Beliau juga mengumumkan guru kini diklasifikasi kepada empat kategori iaitu 
Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Guru Pendeta dengan mereka yang 
mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga gred DG54. 

Selain itu, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah 
Menengah gred DG48 ke DG52, manakala semua Guru Penolong Kanan (GPK) Sekolah 
Menengah dinaikkan dari DG44 ke DG48. Bagi GPK sekolah rendah kluster, mereka 
dinaikkan pangkat dari gred DGA32 ke DGA34. 
Roslan berkata, GMGBM akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pelajaran 
tidak lama lagi bagi meminta supaya guru besar dan guru sekolah rendah turut 
diberikan insentif bagi menaikkan semangat serta motivasi mereka. 

Sementara itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga mahu 
mengadakan pertemuan dengan Najib dalam masa terdekat berhubung pemberian 
insentif itu. 

Setiausaha Agungnya, Loke Yim Pheng, berkata ia bagi membincangkan tuntutan 
dikemukakan NUTP kepada kerajaan sebelum ini tetapi tidak dilaksanakan. 

“Kami juga akan menyuarakan kekecewaan kami kerana insentif yang diberikan 
tidak membabitkan guru sekolah rendah dan menengah,” katanya. 

Di KUCHING, Jawatankuasa Bersama Kesatuan Persatuan Guru Malaysia (JBKPGM) 
menyifatkan insentif diumumkan kerajaan tidak adil kepada masyarakat guru 
keseluruhannya kerana ia hanya membabitkan guru berijazah di sekolah menengah. 

Naib Pengerusi JBKPGM, William Ghani Bina, berkata insentif itu langsung tidak 
membabitkan guru bertugas di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, 
Pejabat Pelajaran Daerah dan 160,000 guru yang mengajar di 7,800 sekolah 
rendah. 

Oleh itu, JBKPGM yang mengadakan Mesyuarat Tergempar di Kuching, malam 
kelmarin, memutuskan meminta Kementerian Pelajaran mengkaji semula kaedah baru 
kenaikan pangkat guru yang diumumkan kelmarin. 

Ghani berkata, JBKPGM juga berkata beberapa permintaan dikemukakan mereka 
terlepas pandang. Antaranya, elaun khas untuk Pengetua sebanyak RM600 dan Guru 
Besar RM500 kerana penyandang jawatan itu hanya menerima RM150 dan RM100 
sekarang. 

“Elaun yang mereka terima selaku ketua di sekolah terlalu rendah berbanding 
dengan elaun guru dilantik sebagai warden asrama iaitu RM280 untuk Ketua Warden 
dan RM240 bagi Guru Warden, selain RM250 untuk Guru Pendidikan Khas," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gurusekolahrendahkecewa/Article 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke