1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya 
dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan 
terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu 
cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam 
pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina 
helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat 
helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta 
yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah 
yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai 
paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La 
Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa 
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali 
dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, 
menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada 
penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. 
Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain 
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak 
menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya 
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak 
akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya 
sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar 
kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap 
walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai 
alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama 
walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang 
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih 
aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah 
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, 
pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan 
sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa 
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan 
hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca fakta ini telah mencuba 
untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

P.S.: Savvy Sandwich: Sandwich for Savvy Peopleā„¢ -- Sihat, Segar, Enak dan 
Halal, produk Muslim, keluaran Bumiputera, sejak 2005.
Hotline: 013-355-3513 -- Cubalah sekarang juga!
www.facebook.com/SavvySandwich



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke