bersedia utk ubah rounding pada system. hahahahhh...

*Sent** from my Nokia® huhuhuhhhhh..!.*

Kerajaan cadang guna semula wang satu sen

KANGAR 19 Mei - Kerajaan bercadang melaksanakan semula penggunaan syiling
satu sen supaya ia dapat membantu mengatasi beban rakyat yang menghadapi
kenaikan harga barang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan
tersebut akan dibangkitkan dalam satu mesyuarat yang akan dipengerusikan
beliau tidak lama lagi.

Menurutnya, langkah tersebut untuk membendung kenaikan harga yang tinggi
disebabkan kaitan dengan nilai satu sen yang tidak digunakan lagi sejak
2008.

"Misalnya, jika harga ditetapkan RM1.71, ia ditambah sebanyak empat sen
untuk menjadikannya RM1.75 sen. Sudah tentu memberi keuntungan kepada
peniaga tetapi membebankan rakyat," kata beliau selepas berucap kepada lebih
5,000 penduduk yang menghadiri Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri
ke Perlis di Dewan 2020 di sini hari ini.

Pada April 2008, syiling satu sen tidak digunakan lagi untuk pembayaran di
kaunter, sebaliknya semua bayaran bil digenapkan melalui mekanisme
penggenapan kepada lima sen terdekat.

Menerusi mekanisme itu, jumlah keseluruhan bil berakhir dengan satu, dua,
enam dan tujuh akan diturunkan kepada lima sen terdekat manakala bil
berakhir dengan tiga, empat, lapan dan sembilan dinaikkan kepada lima sen
terdekat.

Bagaimanapun, kata Timbalan Perdana Menteri, keputusan untuk menggunakan
semula syiling satu sen bergantung kepada Bank Negara Malaysia sama ada ia
boleh dilaksanakan atau sebaliknya.

Kirim email ke