Agak-agaknya lah kan, Pemuda Umno Negeri Sembilan nak persoalkan tak kewajaran 
Konsert Wali Band yang akan diadakan di Nilai , Negeri Sembilan pada 15 dan 16 
Julai 2011 ini? Tahun lepas Pemuda Umno Kelantan telah mempersoalkan kewajaran 
Wali Band mengadakan persembahan di Kota Baharu.

KONSERT AMAL WALI BAND 
TARIKH: 15 DAN 16 JULAI 2011 (JUMAAT DAN SABTU)
TEMPAT: STADIUM TERTUTUP NILAI, NEGERI SEMBILAN

Anjuran Angkatan Seni Baru, Yayasan Negeri Sembilan

Maklumat pembelian tiket, pembukaan gerai jualan dan pembelian t-shirt, sila 
hubungi Fashar Event & Entertainment di talian 06-6017383 / 06-6015891. 
Sumber http://serembanmaya.blogspot.com/2011/05/konsert-amal-wali-band.html 

Pemuda Umno Persoal Kewajaran Benarkan Persembahan Wali Band

KOTA BAHARU, 31 Dis (Bernama) -- Pergerakan Pemuda Umno Kelantan hari ini 
mempersoalkan kewajaran kerajaan Kelantan membenarkan sebuah kumpulan popular 
dari Indonesia, Wali Band mengadakan persembahannya disini malam ini yang 
semata-mata bermotifkan politik.

Ketuanya Anuar Safian berkata memang menghairankan Kelantan yang dahulunya 
langsung tidak membenarkan konsert seumpama itu diadakan di negeri itu tetapi 
kini demi mendapat sokongan golongan muda, parti itu sanggup melakukan apa 
sahaja.

"Dahulu persembahan seperti ini dianggap haram kerana terdapat percampuran 
lelaki dan perempuan tetapi apa kewajaran sehingga membenarkan kumpulan luar 
negara pula mengadakan persembahan.

"Apakah tidak akan berlaku percampuran lelaki dan perempuan dan tidak adakah 
kumpulan nasyid yang hebat di negara kita untuk membuat persembahan seperti 
ini," katanya selepas majlis sumbangan beg sekolah kepada murid-murid 
pendidikan khas Pejabat Pelajaran Daerah Kota Baharu di sini Jumaat.

Majlis itu dianjurkan Biro Sosial dan Etika Pergerakan Pemuda Umno Malaysia 
yang dipengerusikan Anuar dan penyerahan beg itu disempurnakan Pegawai 
Pelajaran Daerah Kota Baharu Che Ab Aziz Daud.

Malam ini kumpulan itu dijadual mengadakan persembahan di Stadium Sultan 
Muhammed Ke-IV atas nama Amal Cakna Palestin yang dianjurkan Sekretariat Misi 
Cakna Palestin dengan kerjasama Kerajaan Negeri.

Penganjurnya semalam berkata persembahan itu merupakan satu lagi usaha untuk 
memberi peluang kepada orang ramai membantu mangsa kezaliman Yahudi di bumi 
Palestin.

Mengulas perkara itu, Anuar berkata ia juga seperti membenarkan persembahan 
pada malam tahun baru dan tidak ada bezanya dengan sambutan di tempat lain.

Ketika ditemui pemberita di sini Jumaat, ketua kumpulan Wali Band, Sarhan 
Miftahuddin berkata kumpulan itu bercadang untuk memperluaskan dakwah melalui 
lagu-lagu bercorak Islam ke seluruh nusantara.

Sarhan, yang juga penyanyi utama, berkata beliau mahu kumpulannya dilihat 
sebagai gerakan dakwah alternatif bagi menarik golongan sasaran terdiri 
daripada anak-anak muda melalui muzik.

"Dakwah secara santai ini lebih ringan dan mudah difahami anak-anak muda zaman 
kini," katanya.

Tiga lagi anggota kumpulan itu ialah Aan Kurnia Maduri (pemaingitar utama); 
Ikhyan Bestomi Nursalam (pemain dram) dan Hamzah SasiHidayat (pemain gitar 
bass).

Walaupun sudah empat kali mengadakan persembahan di negara ini, namun Kelantan 
adalah negeri pertama di Pantai Timur yang dikunjungi atas jemputan urusetia 
Sekretariat Misi Cakna Palestin dengan kerjasama kerajaan negeri.

http://www.bernama.com/bernama//v5/bm/newsindex.php?id=553556 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke